Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Tuesday, 21 January 2014

DRAMA: Bukan Kerana Aku Tak Cinta - UPDATE EP 19

Bukan Kerana Aku Tak Cinta, E-Man Sufi, drama adaptasi, novel, Karya Seni

Tajuk : Bukan Kerana Aku Tak Cinta

jumlah episod: 60

drama: Drama Adaptasi Novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta Karya E-Man Sufi

pelakon: Nelydia Senrose & Sharnaaz Ahmad

Sinopsis: JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

DRAMA: Projek Memikat Suami (2013) - UPDATE EPISODE 05


Tajuk drama : Projek Memikat Suami (2013) – adaptasi novel Projek Memikat Suami

Pelakon : Emma Maembong (Nawwal Husna), Aiman Hakim Ridza (Zahrain), Watie Elite (Nawrah Hanna), Dynas Mokhtar (Najla Huda), Kuniey Muzani (Zahra), Fadilah Mansor (Puan Sri Maimun), Aznah Hamid (Hajjah Rahmah), Tasha Elyzza (Emmalyn), Ikhwan Khairudin (Atai)

Penerbit
: Global Station

Mulai : 16 Disember 2013 (13 episode)

Pukul : 9.00pm - 10.00pm (setiap Isnin)

Saluran : ASTRO RIA

Sinopsis : NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

Friday, 27 December 2013

NOVEL: Isteri Untuk Disewa


TAJUK : Isteri Untuk Disewa

PENULIS : Syamnuriezmil

PENERBIT : Karya Seni

HARGA : SM :- RM26.00    S/S :- RM29.00   (Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online)

SINOPSIS :
Anda mempunyai masalah dalam perhubungan?

Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda?

Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia?

Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? Saya ada penyelesaiannya...

Orang untuk disewa!

Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876.

Anytime, Anywhere... I’ll be there.

Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat.

“Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan.

“Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO.

“Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik.

“Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup.

Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?


NOVEL: Pabila Romeo VS Juliet


TAJUK : Pabila Romeo VS Juliet

PENULIS : E-man Sufi

PENERBIT : Karya Seni

HARGA : SM :- RM18.00    S/S :- RM21.00   (Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online)

SINOPSIS : AWATIF, pengawas sekolah merangkap anak pengetua itu tidak pernah tahu bahawa seorang pelajar tingkatan enam yang sering datang lewat ke sekolah, pernah ditangkap merokok olehnya rupa-rupanya tunangannya sejak kecil.

AYYAD, si romeo yang sudah lama tahu akan hakikat itu pelik dengan Awatif yang tidak pernah tertarik dengan ketampanannya sebagaimana pelajar-pelajar perempuan lain.

“Awatif... Kau kalau syok kat aku cakap ajalah... Tak payah buat-buat cerita aku campak kucing pula... Cakap ajalah terus terang... Abang Ayyad... Sudikah jadi Romeo dalam hati saya… Please! Please! Hari-hari saya terkenangkan Abang Ayyad tau... Makan tak kenyang, mandi tak basah... Dah macam Juliet yang rindukan Romeonya, tolonglah bercinta dengan saya.”-Ayyad Zahari

“Lelaki perasan! Tak kuasa saya nak jadi Juliet awak!” –AWATIF SULAIMAN

Masa berlalu, mendewasakan kedua-duanya. Ayyad ke Australia, Awatif di Malaysia. Ayyad pulang ke Malaysia, Awatif pula terbang ke Jordan. Namun tidak pernah watak pembulinya itu dilupakan. Balik sahaja ke tanah air...

“Atif sebenarnya dah lama jadi tunang orang...” - KHADIJAH, umi Awatif.

“Errr… Atif kenal ke? Siapa tunang Atif tu?” – AWATIF

“Abang Ayyad kaulah.” – KHADIJAH, umi Awatif.

“Oh My Allah! Dia ke tunang aku? Tidak!” -AWATIF

Ayyad yang pancitkan tayar basikalnya... Ayyad yang pernah baling kucing kepadanya  waktu keluar tandas... Ayyad yang letak gam dalam kasut sekolahnya... ialah tunangannya!

Macam mana mereka nak hidup bersama kalau seorang takut kucing, seorang suka kucing? Macam mana nak jadi Romeo dan Juliet kalau seorang pencinta mi kari dan seorang lagi benci mi kari?

Dapatkah serasi dipupuk pabila Romeo VS dengan Juliet?


NOVEL: Kahwin 6 Bulan Aje?!


TAJUK : Kahwin 6 Bulan Aje?!

PENULIS : Anabella

PENERBIT : Penulisan2U

HARGA : SM :- RM28.00         S/S :- RM31.00   (Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online)   

SINOPSIS : RANIA IXUNA Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai kelebihan. Kelebihan yang membuatkan semua mata membulat dan rahang hampir terjatuh setiap kali melihatnya.

EMIR ENRIQUE… Seorang pemuda biasa dengan perangai yang biasa-biasa. Tidak menyangka hidupnya akan berubah apabila berkahwin dengan si comel yang digelar ‘raksasa’ oleh sepupunya itu! Si comel yang merupakan cinta pandang pertamanya!

“Sayang, sayang nak pakai baju pengantin warna apa?” - Emir

“Hitam.” - Ixuna

“Sayang ingat kita nak berkabung ke pakai pakaian pengantin warna hitam? Warna lain?” - Emir

“Warna kelabu tahi anjing.” - Ixuna

“Grrr… Lain?!” - Emir

“Lut sinar.” - Ixuna

“Dah gila nak pakai baju lut sinar? Nak suruh semua orang nampak badan kau tu ke? Bila dah kahwin nanti, diri kau hanya untuk tatapan aku saja!” - Emir

Itu cerita sebelum Emir menikahi Ixuna, selepas kahwin…

Emir ingin merasa air tangan isterinya, Ixuna malas nak layan… Emir hadiahkan bunga untuk isteri comelnya, bunga beralih tangan kepada kakak iparnya… Emir minta kiss, siku makannya! Dan Emir minta pelukan kasih sayang, seterika panas yang Ixuna berikan!

Akankah berterusan ikatan perkahwinan yang diatur oleh kedua-dua belah keluarga itu? Atau terus terputus setelah tempoh tamatnya enam bulan seperti yang diungkap oleh si gadis comel rupawan lagi kuat makan itu?


Tuesday, 24 December 2013

NOVEL: Dalam Hati Ada Dia?


TAJUK : Dalam Hati Ada Dia?

PENULIS : Illa Shanahila

PENERBIT : Penulisan2U

HARGA : SM :- RM24.00          S/S :- RM27.00      

SINOPSIS : Dalam hati ada dia? – Sebuah novel yang santai, ringan dan menghiburkan. Pembaca akan berasa seolah olah Dalam hati ada taman, Dalam hati ada bunga, Dalam hati ada rama-rama, Dalam hati ada bunyi kompang. Dalam hati ada ayat-ayat sengal!. Homai...homai...homai...

Plot permulaan berkisar pertemuan antara Senah dengan Dollah (bukan nama sebenar) di stesen KTM. Dollah yang tiada tukaran duit syiling untuk membayar tambang Komuter telah meminta bantuan Senah. Senah yang terburu-buru hendak menaiki tren terakhir ke Pelabuhan Klang telah memberi duit syiling kepada Dollah dengan beg dompetnya sekali dan di dalam beg dompet tersebut terdapat “Rantai Kunci Hati” milik Senah yang berharga seringgit setengah. Rantai Kunci tersebut merupakan rantai kunci plastik berbentuk hati dan berwarna kuning metalik sangat sesuai diletakkan pada telefon bimbit (lihat cover novel). Namun, kalau dah takdir, maka berlakulah pertemuan demi pertemuan antara Senah dengan Dolah. Nama sebenar si Senah ni ialah Wanda Nurhannah Syukri, dan si Dollah ialah Nick Rayyan Lee bin Adam Lee.

NOVEL: Projek Memikat Suami


TAJUK : Projek Memikat Suami

PENULIS : Hanina Abdullah

PENERBIT : Fajar Faker

HARGA : SM :- RM21.00                   S/S :- RM24.00      

SINOPSIS : NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

Sunday, 22 December 2013

NOVEL: The Wedding Breaker


TAJUK : The Wedding Breaker

PENULIS : Evelyn Rose

PENERBIT : Karya Seni

HARGA : SM :- RM25.00      S/S :- RM28.00       (Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online)

SINOPSIS : “Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

NOVEL: Aku Bukan Mistress


TAJUK : Aku Bukan Mistress

PENULIS : Acik Lana

PENERBIT : Kaki Novel Enterprise

HARGA :     SM :- RM22.90                 AHLI KN: RM18.00
S/S :- RM25.00                 AHLI KN: RM21.00

SINOPSIS : Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita. 

Wednesday, 11 December 2013

NOVEL: Cinta Ke 2 - Zihasra Aziz

TAJUK : Cinta Ke 2

PENULIS : Zihasra Aziz

TERBITAN : Buku Prima

HARGA : RM22.90

SINOPSIS : Belum pun berkahwin Erin Natasha sudah pun mengandung. Kejadian yang tidak disengajakan itu benar-benar membuatkan Erin mati akal dan degup jantungnya seakan terhenti. Perkahwinan yang dirancang bersama Zareef mengundang derita buat Erin. Zareef meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Erin hilang punca.

Bagaimana dengan nasib anak yang dikandungnya? Mampukah dia menyimpan rahsia itu seorang diri? Namun wasiat yang diamanahkan oleh Nek Sarah telah membuka lembaran baru dalam hidupnya. Dia bersetuju berkahwin dengan Harris Haikal walaupun dia tahu sepupunya itu sudah mempunyai kekasih.

Dan Harris Haikal pula terpaksa menerima Erin kerana harta keluarganya. Dia sanggup melakukan apa saja agar harta keluarganya dapat diwarisi.Tegarkah hati Erin meneruskan ikatan perkahwinan tersebut walaupun saban hari saban waktu hatinya sering disakiti oleh suaminya. Adakah cinta kedua menjanjikan bahagia buat mereka berdua?

“Hai tuan doktor, takkan tak faham maksud dua line tu. Kalau mak dan ayah tahu mati Erin.- Erin Natasha

“Alah Erin awal sebulan aje. Dah ekspres nak buat macam mana. Terima ajelah salah kita. Anak itu kan anak kita juga. Jangan risau Zareef akan bertanggungjawab. - Zareef

“Jadi, kau mengandung anak haramlah sekarang.Tak sangka ya gadis kampung yang nampak alim macam ni pun boleh terpedaya dengan lelaki. Kau ingat aku ni apa? Badan kebajikan ke? Sorry Erin kau cari orang lain saja. Aku tak mahu terlibat dengan masalah kau.”– Harris Haikal

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Share dari komen Imaniah Fajaya Othman tentang novel Cinta Ke 2

Pada permulaan cerita.. novel ni berkisar tentang percintaan dua insan.. pada mulanya Erin Natasha cuba menolak kehadiran Zareef.. tetapi apabila melihat Zareef tanpa letih tetap mengejar dirinya, dia menerima salam cinta jejaka itu dan tdk bbrp lm kemudian mrk mengambil keputusan untuk mengikat ikatan ini ke pernikahan .. segala persiapan dibuat akan tetapi akibat kelalaian diri, mereka hanyut dan terlupa sehingga mrk berzina.

Zareef memujuk tunangnya dan mengatakan mrk akan tetap berkahwin dan Erin mula menerima kekhilafan mrk dgn redha. .. ttp takdir Allah telah meragut nyawa Zareef... Zareef terkorban dlm kemalangan dan dia meninggalkan janin yg dikandung oleh Erin.. Erin hampir gila dgn apa yg berlaku mengenangkan ank yg dikandungnya itu.. dia menangis dan terus menangis.. disini bermulanya kisah sedih novel ini... wahhh gila.. aku review pun nangis....

Tetapi nasib menyebelahi Erin dimana wasiat yg dibuat oleh neneknya menyatukan dirinya dgn sepupunya Harris Haikal. Hubungan mrk tidak rapat , tetapi demi menyelesaikan mslh yg menimpa dirinya, Erin menerima Haikal sbg suami.. Haikal pula mengahwini Erin kerana harta yg ditinggalkan nenek mrk...

Kwtika mlm pertama mrk, Erin yg ingin jujur dgn Haikal telah memberitahu Haikal yg dia sedang mengandung. Haikal yg merasa tertipu dgn apa yg berlaku menyimpan rasa benci terhadap Erin..dia sering memukul Erin dan menghina Erin

"Ingat sikit Erin, kalau aku tak kutip kau, keluarga kau akan tanggung malu, maruah kau dah musnah. Hidup kau tak ubah seperti pelacur, memalukan..mengandung anak haram. Mengapa kau tak gugurkan kandungan kau?"

Semasa mrk berbulan madu Harris telah membawa kekasihnya Sally bersama2 , dia meninggalkan Erin sendirian dibilik dan menhabiskan masa dgn Sally.. setelah kembali ke Malaysia, Erin juga didera secara fizikal dan mental, Harris memukulnya dgn tali pinggang dan menarik rambutnya. Sally juga tidak kurang kejamnya dimana dia telah menolak Erin ditangga sehingga Erin keguguran dan dia dan Harris meninggalkan Erin seorg diri..Harris tidak mengertahui yg Erin keguguran dan dia tidak pulang kerumah beberapa minggu.

Harris pula mengertahui yg Sally curang, ini menyebabkan dia mulai berdendam dengan perempuan tambahan lagi dia disabitkan kslhn pecah amanah dan mengelapkan wang syarikat krn mengikut kehendak Sally. Dia mula mabuk dan akibat dendam dia telah merogol Erin. Selepas meniduri Erin , dia telah memberi wang rm50 sbg bayaran Erin tidur bersamanya. kejam gilerr kan? Huhhh.. tetapi lama kelamaan hubungan mrk smkn rapat dan ada rasa cinta dihati . Tetapi ekoran keegoaannya , Harris telah menceraikan Erin dgn hanya coretan dikertas setelah dia berjaya menakluki hati Erin dan Erin rela bersamanya. Erin merasa sedih dgn apa yg berlaku . Tetapi setelah dia mengertahui yg dirinya mengandung lagi, dia cuba memberitahu Harris, tetapi Harris tidak mengakui ank itu adalah anknya .. nk tau apa yg berlaku seterusnya? .. beli lah ya...mmg best..


NOVEL: Luka Di Hati Diya - Hasliza Ismail

TAJUK : Luka Di Hati Diya

PENULIS : Hasliza Ismail

HARGA :     SEMENANJUNG :- RM22.00                        AHLI KN: RM18.00
SABAH/SARAWAK :- RM25.00                    AHLI KN: RM21.00

SINOPSIS : Diya Mirza hidup dalam ketakutan tak kira di mana beliau berada. Oleh kerana sikap peliknya itu membuatkan dia sering dipulaukan dan dibuli oleh rakan sekerja yang mencari kesempatan atas kelemahannya. Sehinggalah Remmy (staf baru yang bekerja sebagai despatch) muncul di syarikat tersebut.

Sikap naif dan pelik Diya menarik hati Remmy untuk terus mendalami hati wanita itu dan sekali gus memusnahkan benteng yang selama ini melindunginya.  Apabila hati masing-masing sudah terpaut, mimpi hitam mula menjadi kenyataan setelah kebenaran mula terjawab.

Diya Mirza menyimpan kisah hitam dalam diari hidupnya dan dia kini dalam pelarian bersama ibunya.  Apabila ayah tirinya muncul kembali mengganggu hidup mereka, Remmy terpaksa berkorban dan sebagai balasan, Remmy harus kembali ke pangkuan keluarga dan memikul tanggungjawab yang selama ini diabaikan.

Apakah kesudahan kisah Diya dan Remmy? Adakah hati Diya akan selamanya terluka?

“Bisakah cinta mengubat hati yang luka berdarah akibat kepercayaan yang pernah dinodai?”

Pertanyaan Tentang Novel Ini


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...