Wednesday 11 December 2013

NOVEL: Luka Di Hati Diya - Hasliza Ismail

TAJUK : Luka Di Hati Diya

PENULIS : Hasliza Ismail

HARGA :     SEMENANJUNG :- RM22.00                        AHLI KN: RM18.00
SABAH/SARAWAK :- RM25.00                    AHLI KN: RM21.00

SINOPSIS : Diya Mirza hidup dalam ketakutan tak kira di mana beliau berada. Oleh kerana sikap peliknya itu membuatkan dia sering dipulaukan dan dibuli oleh rakan sekerja yang mencari kesempatan atas kelemahannya. Sehinggalah Remmy (staf baru yang bekerja sebagai despatch) muncul di syarikat tersebut.

Sikap naif dan pelik Diya menarik hati Remmy untuk terus mendalami hati wanita itu dan sekali gus memusnahkan benteng yang selama ini melindunginya.  Apabila hati masing-masing sudah terpaut, mimpi hitam mula menjadi kenyataan setelah kebenaran mula terjawab.

Diya Mirza menyimpan kisah hitam dalam diari hidupnya dan dia kini dalam pelarian bersama ibunya.  Apabila ayah tirinya muncul kembali mengganggu hidup mereka, Remmy terpaksa berkorban dan sebagai balasan, Remmy harus kembali ke pangkuan keluarga dan memikul tanggungjawab yang selama ini diabaikan.

Apakah kesudahan kisah Diya dan Remmy? Adakah hati Diya akan selamanya terluka?

“Bisakah cinta mengubat hati yang luka berdarah akibat kepercayaan yang pernah dinodai?”

Pertanyaan Tentang Novel Ini


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...