Thursday 19 December 2013

DALAM NEGARA: kadar baru caj tambang bas sekolah


Kuala Lumpur : Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengumumkan kenaikan kadar caj tambang bas sekolah dalam masa terdekat bagi membolehkan penyelarasan dilakukan.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata jumlah kenaikan yang ditetapkan akan diumumkan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

Beliau berkata, kenaikan kadar ini juga boleh menyekat tindakan segelintir pengusaha tidak bertanggungjawab menaikkan kadar tambang sesuka hati mereka walaupun kerajaan masih belum membuat keputusan.


Syed Hamid berkata, pengusaha bas sekolah khususnya di bandar besar di negara ini didapati menaikkan kadar tambang tanpa mendapat kelulusan SPAD dan ibu bapa terpaksa akur kerana ia adalah keperluan.

Hairan juga, berniaga tidak untung tapi boleh berniaga. Dia (pengusaha bas sekolah) sudah naikkan (tambang) dan kita susah mahu ambil tindakan sebab ia amat diperlukan.

Saya faham masalah ibu bapa, ini semua kita perlu kaji dan akan buat keputusan. Selalunya di kawasan bandar kecil mereka patuh (tidak menaikkan kadar tambang), katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, kali terakhir semakan kenaikan kadar tambang bas sekolah dilakukan pada 2009 dan beliau berharap agar ibu bapa membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya pengusaha menaikkan tambang sewenang-wenangnya.


SUMBER:
http://www.bharian.com.my/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...