Thursday 19 December 2013

DALAM NEGARA: 6 warga asing rentung selepas makan malam


Kuala Lumpur : Kegembiraan enam warga asing yang baru pulang daripada menikmati makan malam berakhir dengan tragedi selepas maut dalam kemalangan di Bulatan Kampung Pandan, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian 12.30 pagi itu, kereta yang dinaiki dua wanita warga Filipina, tiga wanita warga Myanmar dan seorang lelaki warga British, dipercayai hilang kawalan dan melanggar tiang jejambat dekat bulatan berkenaan.

Akibat kemalangan itu, kereta jenis Nissan Skyline warna biru itu meletup dan terbakar, menyebabkan semua mangsa rentung.

Menurut sepupu salah seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Marina, 22 , sebelum kejadian dia bersama beberapa lagi rakan termasuk sepupunya, Ester Sui, 26, menikmati makan malam di bar tempat mereka bekerja di Jalan Changkat, Bukit Bintang, di sini.

Selepas selesai makan malam, kami semua ingin pulang ke rumah dengan berjalan kaki.

Bagaimanapun, lima daripada kami pulang menaiki kereta selepas seorang lelaki yang juga rakan pemilik bar mengajak pulang bersama, katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur, semalam.

Marina berkata, dia hanya mengetahui kemalangan itu selepas secara kebetulan melalui lokasi kejadian bersama tiga lagi rakan.


Mangsa yang maut dalam kejadian itu adalah dua wanita Myanmar iaitu Ester Chui, 26, dan Pi Pi, 20; tiga warga Filipina iaitu Siso Aileen, 30, Maileen Tentaive Montejo, 26, Mary Grace Macaraig, 24, serta seorang warga British, Simon John Hall, 40.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, setakat ini hanya seorang mangsa dikenal pasti identitinya, iaitu Hall yang memandu kereta, kerana kesemua mangsa rentung.

Identiti Hall dikenal pasti menerusi dokumen dirinya yang ditemui daripada pakaiannya yang tidak terbakar sepenuhnya. 

Lima lagi mangsa yang rentung masih belum diketahui identiti mereka dan proses untuk mendapatkan sampel darah mangsa sedang diusahakan melalui kedutaan masing-masing, katanya.



SUMBER: http://www.bharian.com.my/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...