Thursday 12 December 2013

DALAM NEGARA: Kemudahan Wifi Percuma di Terengganu

KUALA TERENGGANU -- Kerajaan negeri Terengganu akan menyediakan kemudahan Wifi secara percuma di seluruh negeri ini terutama di kawasan tumpuan awam bermula tahun depan dengan anggaran kos sebanyak RM30 juta.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata kemudahan itu kini satu keperluan memandangkan rakyat pelbagai lapisan menggunakannya untuk melancarkan pelbagai urusan harian mereka.

"Sebagai permulaan, tumpuan diberi kepada kawasan tumpuan awam dan kita sasarkan liputan WiFi percuma itu akan dapat diakses di seluruh negeri menjelang akhir tahun," katanya kepada pemberita selepas membentangkan Bajet 2014 di sini Isnin.

Bagi menjana pelbagai inisiatif pembangunan teknologi komunikasi maklumat, sebanyak RM4 juta diperuntukkan pada tahun depan termasuk pembangunan infrastruktur telekomunikasi iaitu pembinaan tiga buah menara dengan kos RM2.5 juta.

"Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM3.6 juta untuk memperkasakan lagi penggunaan Pusat Komuniti Bestari yang kini menerima kunjungan kira-kira 100,000 rakyat setiap tahun," katanya.


SUMBER: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...