Monday 9 December 2013

Keberanian 47 Ronin

Filem aksi 3D arahan Carl Rinsch ('The Gift') ini berdasarkan sebuah legenda Jepun yang menceritakan mengenai keberanian 47 orang samurai di awal abad ke-18.

Selepas ketua mereka dibunuh dan orang-orang mereka dihalau dari tanah mereka sendiri, sekumpulan samurai yang kini tidak bertuan (yang digelarkan 'ronin') nekad untuk membalas dendam, sekali gus mengembalikan maruah orang-orang mereka.

Namun, pembalasan yang dicari hanya dapat dilaksanakan dengan bantuan Kai, lakonan Keanu Reeves, seorang samurai berdarah campur yang pernah ditolak mereka satu ketika dulu.

Seorang anak yatim piatu, Kai membesar di perkampungan Ako. Dilatih sejak kecil oleh makhluk ghaib yang dipanggil Tengu, Kai kemudiannya diselamatkan Tuan Asano. Terhutang budi atas penjagaannya, Kai bersetuju menyertai Oishi dan ronin yang lain untuk melancarkan serangan mereka ke atas Tuan Kira.



Bersama mereka perlu berdepan pelbagai cabaran dari makhluk mitos ke ahli sihir yang mampu berubah bentuk sebelum tiba di destinasi yang dituju bagi melaksanakan rancangan mereka.

SUMBER: ronin 47


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...