Sunday 22 December 2013

INFO: RM12 Juta Untuk Batu Burung Ababil


Masih ingat lagi kita tentang kisah  tentera bergajah yang menyerang kota Mekah pada suatu ketika dahulu? Kisah ini ada terkandung dalam al-Quran pada surah Al-Fill.  Penemuan batu yang dikatakan merupakan batu yang digunakan oleh burung Ababil untuk menghancurkan tentera bergajah. Persoalannya, benarkah ini batu burung Ababil? Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. 

Ketika dalam perjalanan melalui sebuah gunung berhampiran sempadan Yaman, seorang lelaki Arab dikenali sebagai Saleh Musfer Al Gamdi telah menemui sebiji batu yang amat pelik.


Menurut beliau, batu tersebut mungkin seperti yang telah disebut dalam satu ayat Al-Quran, di mana Allah telah menghantar burung Ababil untuk membuang batu-batu Sejil (batu neraka) untuk memusnahkan tentera yang diketuai oleh ketua perang Abrahah dari Yaman yang mahu meruntuhkan Kaabah di Tanah Suci Makkah

Setahun selepas beliau menemui batu tersebut, beliau telah ditawarkan $4 Juta (RM12 Juta) untuk batu tersebut oleh pembida. Batu itu mempunyai keunikan dimana terdapat lukisan burung dan gajah dan mempunyai berat 131 gram, betul-betul sama dengan jumlah perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.


Pakar menganggarkan bahawa batu itu berusia sejak hampir 1,442 tahun. Di samping itu, beliau memberitahu bahawa beliau telah menjumpai batu tersebut setelah bermimpi ayah dan datuknya, satu lagi sebab untuk beliau tidak menjualnya.


SUMBER: http://www.noormalashahar.com.my/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...