Thursday 26 December 2013

RECIPES: Cream Puff


PASTRY

bahan2 :
  1. 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  2. 100 gm butter
  3. 250 ml air
  4. 1/2 sudu teh gula
  5. 3 biji telur


Cara2 :
  1. Panaskan oven pada suhu 220 darjah C.
  2. Satukan butter, air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair.
  3. Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk.
  4. Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya. Mas pukul guna mixer hingga adunan licin.
  5. Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin.
  6. Renjiskan cream puff dengan sedikit air.
  7. Bakar dalam oven dengan suhu 200c hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
  8. Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing...


CUSTARD FILLING

Bahan2:
  1. 2 camca besar tepung kastard
  2. 2 camca besar gula kastor
  3. 1 1/3 cawan susu segar
  4. 30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
  5. 2 camca teh esen vanilla


Cara2:
  1. Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
  2. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
  3. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.


SUMBER: buku resipi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...