Wednesday 11 December 2013

NOVEL: Cinta Ke 2 - Zihasra Aziz

TAJUK : Cinta Ke 2

PENULIS : Zihasra Aziz

TERBITAN : Buku Prima

HARGA : RM22.90

SINOPSIS : Belum pun berkahwin Erin Natasha sudah pun mengandung. Kejadian yang tidak disengajakan itu benar-benar membuatkan Erin mati akal dan degup jantungnya seakan terhenti. Perkahwinan yang dirancang bersama Zareef mengundang derita buat Erin. Zareef meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Erin hilang punca.

Bagaimana dengan nasib anak yang dikandungnya? Mampukah dia menyimpan rahsia itu seorang diri? Namun wasiat yang diamanahkan oleh Nek Sarah telah membuka lembaran baru dalam hidupnya. Dia bersetuju berkahwin dengan Harris Haikal walaupun dia tahu sepupunya itu sudah mempunyai kekasih.

Dan Harris Haikal pula terpaksa menerima Erin kerana harta keluarganya. Dia sanggup melakukan apa saja agar harta keluarganya dapat diwarisi.Tegarkah hati Erin meneruskan ikatan perkahwinan tersebut walaupun saban hari saban waktu hatinya sering disakiti oleh suaminya. Adakah cinta kedua menjanjikan bahagia buat mereka berdua?

“Hai tuan doktor, takkan tak faham maksud dua line tu. Kalau mak dan ayah tahu mati Erin.- Erin Natasha

“Alah Erin awal sebulan aje. Dah ekspres nak buat macam mana. Terima ajelah salah kita. Anak itu kan anak kita juga. Jangan risau Zareef akan bertanggungjawab. - Zareef

“Jadi, kau mengandung anak haramlah sekarang.Tak sangka ya gadis kampung yang nampak alim macam ni pun boleh terpedaya dengan lelaki. Kau ingat aku ni apa? Badan kebajikan ke? Sorry Erin kau cari orang lain saja. Aku tak mahu terlibat dengan masalah kau.”– Harris Haikal

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Share dari komen Imaniah Fajaya Othman tentang novel Cinta Ke 2

Pada permulaan cerita.. novel ni berkisar tentang percintaan dua insan.. pada mulanya Erin Natasha cuba menolak kehadiran Zareef.. tetapi apabila melihat Zareef tanpa letih tetap mengejar dirinya, dia menerima salam cinta jejaka itu dan tdk bbrp lm kemudian mrk mengambil keputusan untuk mengikat ikatan ini ke pernikahan .. segala persiapan dibuat akan tetapi akibat kelalaian diri, mereka hanyut dan terlupa sehingga mrk berzina.

Zareef memujuk tunangnya dan mengatakan mrk akan tetap berkahwin dan Erin mula menerima kekhilafan mrk dgn redha. .. ttp takdir Allah telah meragut nyawa Zareef... Zareef terkorban dlm kemalangan dan dia meninggalkan janin yg dikandung oleh Erin.. Erin hampir gila dgn apa yg berlaku mengenangkan ank yg dikandungnya itu.. dia menangis dan terus menangis.. disini bermulanya kisah sedih novel ini... wahhh gila.. aku review pun nangis....

Tetapi nasib menyebelahi Erin dimana wasiat yg dibuat oleh neneknya menyatukan dirinya dgn sepupunya Harris Haikal. Hubungan mrk tidak rapat , tetapi demi menyelesaikan mslh yg menimpa dirinya, Erin menerima Haikal sbg suami.. Haikal pula mengahwini Erin kerana harta yg ditinggalkan nenek mrk...

Kwtika mlm pertama mrk, Erin yg ingin jujur dgn Haikal telah memberitahu Haikal yg dia sedang mengandung. Haikal yg merasa tertipu dgn apa yg berlaku menyimpan rasa benci terhadap Erin..dia sering memukul Erin dan menghina Erin

"Ingat sikit Erin, kalau aku tak kutip kau, keluarga kau akan tanggung malu, maruah kau dah musnah. Hidup kau tak ubah seperti pelacur, memalukan..mengandung anak haram. Mengapa kau tak gugurkan kandungan kau?"

Semasa mrk berbulan madu Harris telah membawa kekasihnya Sally bersama2 , dia meninggalkan Erin sendirian dibilik dan menhabiskan masa dgn Sally.. setelah kembali ke Malaysia, Erin juga didera secara fizikal dan mental, Harris memukulnya dgn tali pinggang dan menarik rambutnya. Sally juga tidak kurang kejamnya dimana dia telah menolak Erin ditangga sehingga Erin keguguran dan dia dan Harris meninggalkan Erin seorg diri..Harris tidak mengertahui yg Erin keguguran dan dia tidak pulang kerumah beberapa minggu.

Harris pula mengertahui yg Sally curang, ini menyebabkan dia mulai berdendam dengan perempuan tambahan lagi dia disabitkan kslhn pecah amanah dan mengelapkan wang syarikat krn mengikut kehendak Sally. Dia mula mabuk dan akibat dendam dia telah merogol Erin. Selepas meniduri Erin , dia telah memberi wang rm50 sbg bayaran Erin tidur bersamanya. kejam gilerr kan? Huhhh.. tetapi lama kelamaan hubungan mrk smkn rapat dan ada rasa cinta dihati . Tetapi ekoran keegoaannya , Harris telah menceraikan Erin dgn hanya coretan dikertas setelah dia berjaya menakluki hati Erin dan Erin rela bersamanya. Erin merasa sedih dgn apa yg berlaku . Tetapi setelah dia mengertahui yg dirinya mengandung lagi, dia cuba memberitahu Harris, tetapi Harris tidak mengakui ank itu adalah anknya .. nk tau apa yg berlaku seterusnya? .. beli lah ya...mmg best..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...