Saturday 14 December 2013

DALAM NEGARA: Bayi 9 Bulan Diperkosa Anak Pengasuh

Petaling Jaya : Seorang remaja lelaki bertindak luar batasan kemanusiaan apabila sanggup merogol bayi perempuan yang baru berusia 9 bulan di Petaling Jaya, Selangor.

Remaja lelaki tersebut merupakan anak jiran yang menjadi pengasuh kepada bayi malang tersebut.

Perkara ini disedari ibu bayi berkenaan yang bekerja sebagai kerani apabila menemui kesan darah pada lampin pakai buang anaknya.

Dia terkejut apabila mendapati vagina bayinya mengalami pendarahan.

Pemeriksaan lanjut di Hospital Kuala Lumpur mengesahkan bayi berkenaan telah dirogol.

Ibu berusia 27 tahun itu kemudiannya segera membuat laporan polis di Balai Dang Wangi.

Remaja lelaki itu kini dirujuk kepada Malacca Action Group for Parents in Education (Magpie) sementara siasatan dijalankan.

Menurut Magpie, jenayah dilakukan remaja bawah umur biasanya akibat daripada terpengaruh dengan bahan lucah termasuk video dan laman web dewasa yang ditonton mereka.

Ini bukan kejadian pertama jenayah seksual dalam kalangan remaja bawah umur. 7 November lalu, seorang budak perempuan berusia 6 tahun dilaporkan dirogol oleh budak lelaki yang berusia 11 tahun di Melaka, sekaligus mungkin mencatat sejarah sebagai perogol paling muda di negara ini.

Nampaknya keruntuhan moral anak-anak muda pada usia yang sangat muda kian meresahkan.


Sesuatu harus dilakukan segera sebelum keadaan menjadi lebih parah dan menakutkan pada masa depan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...