Tuesday 17 December 2013

LUAR NEGARA: "Kucing pengemis terhebat"


Rusia - Seekor kucing yang sedang mengemis wang telah ditemui di sebuah bandar yang terletak di Belarus, Rusia.

Kucing tersebut duduk di sesuatu tempat bersama sekeping kertas yang tertulis
“Perlukan wang untuk membeli ikan dan daging. Semoga anda diberkati.”


Lebih menghairankan, kucing tersebut langsung tidak berganjak dari tempat duduknya dan menjaga wang yang diberikan oleh orang ramai.

Pemilik kucing tersebut yang merupakan seorang wanita tua ditemui berdekatan. Dia menceritakan bahawa kucing itu diselamatkannya dari menjadi mangsa sembelihan.


Namun dalam masa yang sama dia telah memelihara beberapa ekor haiwan lain dan tidak berkemampuan untuk menyara kesemuanya sekali. Akhirnya dia memutuskan untuk membiarkan haiwan peliharaannya ini mencari wang untuk mereka.

Tanpa disangka kucing hitam tersebut telah menjadi pengemis profesional. Hasil kutipan sehariannya juga agak lumayan.





SUMBER: blog-ketegaq.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...