Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Monday, 17 February 2014

UNIK: Kucing baka baharu seperti serigala jadian



SEEKOR kucing baka baharu di Amerika Syarikat (AS) kelihatan seperti serigala jadian dan perilakunya dikatakan menyerupai anjing.

Kucing digelar Lykoi itu dibiakkan pasangan suami isteri, Johnny Gobble dan Brittney di Tennessee adalah satu-satunya pembiak spesies itu di dunia.

Menurut Gobble, mutasi genetik telah menyebabkan Lykoi berbulu pendek dan hanya menutupi beberapa bahagian badannya.

"Ia mempunyai sifat suka memburu dan sentiasa berwaspada dengan orang asing tetapi cepat mesra jika dibelai dengan manja," katanya dipetik dari laporan DailyMail.

Difahamkan, berat Lykoi betina hanya 2 kilogram (kg) manakala kucing jantan pula boleh mencecah sehingga 3.2 kg. - SinarHarian

Thursday, 23 January 2014

GEORGETOWN: kucing mati terjun kondo


Georgetown : Seorang wanita tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui tiga kucing peliharaannya mati dalam kebakaran yang berlaku di BJ Court di sini, petang tadi.

Wanita yang dikenali sebagai Suraya itu bergegas pulang selepas mengetahui rumahnya yang terletak di aras 14 kondominium berkenaan terbakar.

Dia yang bekerja di pusat beli-belah Queensbay berkata, perkhabaran duka itu diterima daripada jirannya kira-kira jam 3.40 petang.

Menurutnya, sebaik tiba di rumah, dia hanya bertanyakan mengenai kucing peliharaannya sahaja kepada anggota bomba yang bertugas di tempat kejadian.

Namun harapan untuk melihat tiga kucing peliharaannya itu tidak kesampaian sebaliknya mendapat berita yang menambah kesedihannya.

Menurut anggota bomba yang ditemui di tempat kejadian, seekor kucing dijumpai mati di ruang beranda rumah itu dan dua ekor lagi ditemui di bahagian bawah kondominium berkenaan.

Katanya, dua kucing yang ditemui di bahagian bawah itu dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkat 14 namun ditemui mati oleh orang ramai.

Suraya berkata, dia hanya tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak empat bulan lalu dan tiga kucing itu yang menjadi penamaannya selama ini.


“Saya menjaga mereka sejak enam bulan lalu dan tak menyangka pagi tadi adalah kali terakhir saya bermain dengan Daniel, Eddi dan Shasha (nama kucing peliharaannya),” katanya yang ditemui di tempat kejadian. sinarharian

Tuesday, 17 December 2013

LUAR NEGARA: "Kucing pengemis terhebat"


Rusia - Seekor kucing yang sedang mengemis wang telah ditemui di sebuah bandar yang terletak di Belarus, Rusia.

Kucing tersebut duduk di sesuatu tempat bersama sekeping kertas yang tertulis
“Perlukan wang untuk membeli ikan dan daging. Semoga anda diberkati.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...