Showing posts with label rentung. Show all posts
Showing posts with label rentung. Show all posts

Thursday, 23 January 2014

GEORGETOWN: kucing mati terjun kondo


Georgetown : Seorang wanita tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui tiga kucing peliharaannya mati dalam kebakaran yang berlaku di BJ Court di sini, petang tadi.

Wanita yang dikenali sebagai Suraya itu bergegas pulang selepas mengetahui rumahnya yang terletak di aras 14 kondominium berkenaan terbakar.

Dia yang bekerja di pusat beli-belah Queensbay berkata, perkhabaran duka itu diterima daripada jirannya kira-kira jam 3.40 petang.

Menurutnya, sebaik tiba di rumah, dia hanya bertanyakan mengenai kucing peliharaannya sahaja kepada anggota bomba yang bertugas di tempat kejadian.

Namun harapan untuk melihat tiga kucing peliharaannya itu tidak kesampaian sebaliknya mendapat berita yang menambah kesedihannya.

Menurut anggota bomba yang ditemui di tempat kejadian, seekor kucing dijumpai mati di ruang beranda rumah itu dan dua ekor lagi ditemui di bahagian bawah kondominium berkenaan.

Katanya, dua kucing yang ditemui di bahagian bawah itu dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkat 14 namun ditemui mati oleh orang ramai.

Suraya berkata, dia hanya tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak empat bulan lalu dan tiga kucing itu yang menjadi penamaannya selama ini.


“Saya menjaga mereka sejak enam bulan lalu dan tak menyangka pagi tadi adalah kali terakhir saya bermain dengan Daniel, Eddi dan Shasha (nama kucing peliharaannya),” katanya yang ditemui di tempat kejadian. sinarharian

Thursday, 19 December 2013

DALAM NEGARA: 6 warga asing rentung selepas makan malam


Kuala Lumpur : Kegembiraan enam warga asing yang baru pulang daripada menikmati makan malam berakhir dengan tragedi selepas maut dalam kemalangan di Bulatan Kampung Pandan, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian 12.30 pagi itu, kereta yang dinaiki dua wanita warga Filipina, tiga wanita warga Myanmar dan seorang lelaki warga British, dipercayai hilang kawalan dan melanggar tiang jejambat dekat bulatan berkenaan.

Akibat kemalangan itu, kereta jenis Nissan Skyline warna biru itu meletup dan terbakar, menyebabkan semua mangsa rentung.

Menurut sepupu salah seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Marina, 22 , sebelum kejadian dia bersama beberapa lagi rakan termasuk sepupunya, Ester Sui, 26, menikmati makan malam di bar tempat mereka bekerja di Jalan Changkat, Bukit Bintang, di sini.

Selepas selesai makan malam, kami semua ingin pulang ke rumah dengan berjalan kaki.

Bagaimanapun, lima daripada kami pulang menaiki kereta selepas seorang lelaki yang juga rakan pemilik bar mengajak pulang bersama, katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur, semalam.

Marina berkata, dia hanya mengetahui kemalangan itu selepas secara kebetulan melalui lokasi kejadian bersama tiga lagi rakan.


Mangsa yang maut dalam kejadian itu adalah dua wanita Myanmar iaitu Ester Chui, 26, dan Pi Pi, 20; tiga warga Filipina iaitu Siso Aileen, 30, Maileen Tentaive Montejo, 26, Mary Grace Macaraig, 24, serta seorang warga British, Simon John Hall, 40.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, setakat ini hanya seorang mangsa dikenal pasti identitinya, iaitu Hall yang memandu kereta, kerana kesemua mangsa rentung.

Identiti Hall dikenal pasti menerusi dokumen dirinya yang ditemui daripada pakaiannya yang tidak terbakar sepenuhnya. 

Lima lagi mangsa yang rentung masih belum diketahui identiti mereka dan proses untuk mendapatkan sampel darah mangsa sedang diusahakan melalui kedutaan masing-masing, katanya.



SUMBER: http://www.bharian.com.my/

Wednesday, 18 December 2013

DALAM NEGARA: Tragis! 6 Sekawan Rentung



Kuala Lumpur - Seramai enam individu maut dalam insiden kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta jenis Nissan Skyline yang berlaku di Bulatan Kampung Pandan berhampiran Kompleks Sukan Kampung Pandan di sini, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 12.30 malam itu, kereta yang dinaiki oleh tiga lelaki dan tiga wanita itu dalam perjalanan menuju ke Kampung Pandan sebelum terbabas lalu merempuh tembok jejambat kemudian memasuki laluan bertentangan.

Pemandu dan penumpang kereta itu dipercayai gagal menyelamatkan diri selepas kenderaan tersebut terbakar.

Komanden operasi kanan, Hamid Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.42.

"Seramai 13 anggota dan pegawai dari Balai Bomba Dan Penyelamat Pudu dan Hang Tuah tiba ke lokasi kira-kira 10 minit kemudian," katanya

Beliau berkata, api marak dan kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu rentung.

"Kita berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit itu kira-kira 20 minit.

"Identiti kesemua mangsa masih belum dapat dikenalpasti berikutan keadaan semua mangsa rentung," katanya.

Kesemua mayat di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.


 

SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...