Showing posts with label coming soon. Show all posts
Showing posts with label coming soon. Show all posts
Monday, 13 January 2014
Monday, 6 January 2014
REVIEW: Hercules: The Legend Begins (9 January 2014)
Pelakon : Kellan Lutz, Scott Adkins, Liam McIntyre, Liam Garrigan, Johnathon Schaech, Roxanne McKee, Gaia Weiss, Rade Serbedzija
Sinopsis : Cerita ini berlaku pada zaman Yunani Kuno 1200 SM, seorang ratu menyerah diri kepada keinginan Zeus untuk melahirkan seorang anak lelaki yang dijanjikan akan menggulingkan pemerintahan raja zalim dan mengembalikan keamanan pada daerah tersebut.
Tetapi putera Hercules yang belum mengetahui bahawa dia adalah anak dewa dan hanya mengetahui bahawa dia mencintai Hebe, Puteri Creta, yang telah dijodohkan dengan saudaranya sendiri.
Saudara Hercules yang mengetahui Hebe mencintai Hercules, akhirnya menghantar saudaranya itu ke medan perang agar terbunuh di sana.
Hercules pun memulai perjuangan demi hidupnya sendiri dan juga orang yang dicintainya.
Apabila Hercules mendapat tahu tujuan beliau yang lebih besar, dia mesti memilih: melarikan diri dengan kekasihnya atau untuk menerima nasibnya dan menjadi pahlawan sebenar di zamannya.
Cerita di sebalik satu-satunya mitos yang diturunkan dalam bentuk epik - sebuah kisah cinta, pengorbanan dan kekuatan semangat manusia.
Trailer:
Monday, 9 December 2013
Keberanian 47 Ronin
Filem aksi 3D arahan Carl Rinsch ('The Gift') ini berdasarkan sebuah legenda Jepun yang menceritakan mengenai keberanian 47 orang samurai di awal abad ke-18.
Selepas ketua mereka dibunuh dan orang-orang mereka dihalau dari tanah mereka sendiri, sekumpulan samurai yang kini tidak bertuan (yang digelarkan 'ronin') nekad untuk membalas dendam, sekali gus mengembalikan maruah orang-orang mereka.
Namun, pembalasan yang dicari hanya dapat dilaksanakan dengan bantuan Kai, lakonan Keanu Reeves, seorang samurai berdarah campur yang pernah ditolak mereka satu ketika dulu.
Seorang anak yatim piatu, Kai membesar di perkampungan Ako. Dilatih sejak kecil oleh makhluk ghaib yang dipanggil Tengu, Kai kemudiannya diselamatkan Tuan Asano. Terhutang budi atas penjagaannya, Kai bersetuju menyertai Oishi dan ronin yang lain untuk melancarkan serangan mereka ke atas Tuan Kira.
Bersama mereka perlu berdepan pelbagai cabaran dari makhluk mitos ke ahli sihir yang mampu berubah bentuk sebelum tiba di destinasi yang dituju bagi melaksanakan rancangan mereka.


