Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Saturday, 18 January 2014

Dubai padam 45 minit babak dalam filem The Wolf of Wall Street


FILEM "The Wolf of Wall Street" terbitan Riza Aziz Sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila pihak berkuasa Dubai memadam kira-kira 45 minit babak dalam filem tersebut, dilaporkan kerana mengandungi adegan lucah yang keterlaluan.

Portal Britain, Daily Mail melaporkan, selain aksi lucah, turut dipadamkan dalam filem tersebut ialah dialog mengandungi perkataan kurang sopan diucapkan yang tidak bersesuaian dengan budaya Timur Tengah.

Pengkritik filem menyatakan filem yang keterlaluan mengangkat citra 'dadah, seks dan wang itu turut merakamkan lebih 500 kali penggunaan perkataan kurang sopan, yang diistilahkan sebagai 'f-bomb'.

Juma al-Leem, pengarah kandungan media National Media Center berkata, penapis filem di UAE termasuk Dubai lazimnya membuang babak atau penggunaan bahasa yang dianggap mencela, berbahaya kepada keselamatan negara selain adegan keterlaluan.

Laporan Daily Mail turut memetik komen penonton wanita di laman Facebook Reel Cinemas, pengendali dua pawagam di Dubai yang terpaksa keluar selepas 40 minit tayangan, kerana filem tersebut disifatkannya menjengkelkan dan 'tidak boleh ditonton'.

Filem 'The Wolf Of Wall Street' lakonan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey menelan belanja USD100 juta (RM325 juta)


Menurut Keadilandaily, Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York — EdisiRakyat.com  

Monday, 6 January 2014

REVIEW: Hercules: The Legend Begins (9 January 2014)



Tajuk filem : Hercules: The Legend Begins (9 January 2014)

Pelakon : Kellan Lutz, Scott Adkins, Liam McIntyre, Liam Garrigan, Johnathon Schaech, Roxanne McKee, Gaia Weiss, Rade Serbedzija

Sinopsis
: Cerita ini berlaku pada zaman Yunani Kuno 1200 SM, seorang ratu menyerah diri kepada keinginan Zeus untuk melahirkan seorang anak lelaki yang dijanjikan akan menggulingkan pemerintahan raja zalim dan mengembalikan keamanan pada daerah tersebut.

Tetapi putera Hercules yang belum mengetahui bahawa dia adalah anak dewa dan hanya mengetahui bahawa dia mencintai Hebe, Puteri Creta, yang telah dijodohkan dengan saudaranya sendiri.

Saudara Hercules yang mengetahui Hebe mencintai Hercules, akhirnya menghantar saudaranya itu ke medan perang agar terbunuh di sana.

Hercules pun memulai perjuangan demi hidupnya sendiri dan juga orang yang dicintainya.

Apabila Hercules mendapat tahu tujuan beliau yang lebih besar, dia mesti memilih: melarikan diri dengan kekasihnya atau untuk menerima nasibnya dan menjadi pahlawan sebenar di zamannya.

Cerita di sebalik satu-satunya mitos yang diturunkan dalam bentuk epik - sebuah kisah cinta, pengorbanan dan kekuatan semangat manusia.

Trailer:



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...