Kuala Lumpur : Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengumumkan
kenaikan kadar caj tambang bas sekolah dalam masa terdekat bagi membolehkan
penyelarasan dilakukan.
Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata jumlah kenaikan yang ditetapkan akan diumumkan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak.
Beliau berkata, kenaikan kadar ini juga boleh menyekat tindakan segelintir pengusaha tidak bertanggungjawab menaikkan kadar tambang sesuka hati mereka walaupun kerajaan masih belum membuat keputusan.
