Sunday 12 January 2014

VIDEO: “Giving is the best communication”


True Corporation Public Company Limited (TRUE), bekerjasama dengan syarikat komunikasi di Thailand menghasilkan sebuah iklan komersial yang sangat menyentuh hati.

Iklan selama 3 minit ini berkisar tentang seorang penjual mi dan sup yang selalu berbuat kebaikan. Selain memberi makanan untuk pengemis, ia juga menebus kesalahan anak kecil yang mencuri ubat untuk ibunya yang sakit. Ia tidak hanya meleraikan pertikaian antara anak kecil tersebut dan pemilik farmasi, bahkan membayar kos ubat yang dicurinya dan memberikan sup sayuran untuk dibawa pulang.



Kebaikan tidak dibalas secara langsung, dan diceritakan 30 tahun kemudian, si penjual mi ditimpa musibah, ia sakit semasa berniaga dan dibawa ke hospital. Anak perempuannya, keliru bagaimana untuk membayar bil-bil hospital yang bernilai 792 ribu Baht, dia membuat keputusan untuk menjual kedai yang telah menjadi sumber pendapatan mereka sekeluarga.

Dr Prajak Arunthong kemudiannya memberitahu, seorang budak lelaki yang mencuri ubat untuk ibunya yang sakit kini telah menjadi doktor. Dia membalas kebaikan penjual mi dan sup sayuran dengan mengatakan bahawa bil perubatan hospital telah dibayar 30 tahun yang lalu. Iklan komersial bertajuk “Touching Thai Ad Shows “Giving” - Without Expecting Anything In Return” sangat menyentuh hati semua penonton. SUMBER

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...