Dubai : Walaupun menghidap autisme
Johann Mendes tetap istimewa kerana mampu mengingati tarikh lahir hampir semua
rakan sekelas, guru dan kakitangan sekolahnya.
Dengan kelebihan itu Mendes sedang membuat persediaan mencatat
nama dalam Buku Rekod Guinness bagi membuktikan penghidap autisme juga mampu
melakar kejayaan besar.
Menariknya, Mendes mahu memecahkan rekod dalam tiga kategori
sekali gus - paling banyak mengingati tarikh lahir, bendera negara dan ibu
negara dalam tempoh seminit.
Ibunya, Judy berkata, kelebihan Mendes disedari sejak dia
berusia enam tahun.
“Mendes sangat tertarik kepada kalendar dan menghabiskan masa
dengan membaca, melukis dan menyalin tarikh yang ada,” katanya.
Di peringkat awal, kata Judy, dia tidak memberi banyak perhatian
kepada hobi Mendes sehinggalah pada satu hari bapa saudara remaja terbabit mula
bertanya tarikh lahir keluarga mereka.
“Kami semua terkejut kerana Mendes menyebut tarikh lahir itu
dengan betul,” katanya.
Sejak itu, kata Judy, bakat Mendes berkembang kepada meneka hari
seseorang itu lahir - sama ada pada masa silam atau akan datang - berdasarkan
tarikh lahir mereka.
Ditanya mengenali kelebihannya, Mendes berkata, dia hanya
menghafal kalendar.
“Segalanya ada dalam kepala,” katanya.
Untuk mencatat rekod Mendes mesti menamakan lebih 50 ibu negara
dunia dalam tempoh 60 saat dan mengenal pasti lebih 77 bendera dalam tempoh
sama. - Agensi
No comments:
Post a Comment