Showing posts with label autisme. Show all posts
Showing posts with label autisme. Show all posts

Monday, 17 February 2014

Erwin adalah robot 'peramah'

autisme, Erwin, Keepon, robot, Robot emosi, sindrom Asperger, technology, unique

BRITAIN : SAINTIS Britain telah mencipta sebuah robot 'peramah' untuk menguji bagaimana ia berinteraksi secara baik dengan manusia.

Ia digelar sebagai Erwin (Robot Emosi dengan Rangkaian Pintar) dan penyelidik berharap ia boleh menjadi permainan pintar untuk membantu kanak-kanak autisme atau sindrom Asperger.

Erwin (Robot emosi dengan Rangkaian Pintar) adalah ilham Dr John Murray, dari Pusat Pengajian Sains Komputer, Universiti Lincoln, United Kingdom. Erwin kini digunakan sebagai bahan kajian utama Ijazah Doktor Falsafah (PHD).

Thursday, 30 January 2014

UNIK: Johann Mendes pelajar autisme yang istimewa


Dubai : Walaupun menghidap autisme Johann Mendes tetap istimewa kerana mampu mengingati tarikh lahir hampir semua rakan sekelas, guru dan kakitangan sekolahnya.

Dengan kelebihan itu Mendes sedang membuat persediaan mencatat nama dalam Buku Rekod Guinness bagi membuktikan penghidap autisme juga mampu melakar kejayaan besar.

Menariknya, Mendes mahu memecahkan rekod dalam tiga kategori sekali gus - paling banyak mengingati tarikh lahir, bendera negara dan ibu negara dalam tempoh seminit.

Ibunya, Judy berkata, kelebihan Mendes disedari sejak dia berusia enam tahun.

“Mendes sangat tertarik kepada kalendar dan menghabiskan masa dengan membaca, melukis dan menyalin tarikh yang ada,” katanya.



Di peringkat awal, kata Judy, dia tidak memberi banyak perhatian kepada hobi Mendes sehinggalah pada satu hari bapa saudara remaja terbabit mula bertanya tarikh lahir keluarga mereka.

“Kami semua terkejut kerana Mendes menyebut tarikh lahir itu dengan betul,” katanya.

Sejak itu, kata Judy, bakat Mendes berkembang kepada meneka hari seseorang itu lahir - sama ada pada masa silam atau akan datang - berdasarkan tarikh lahir mereka.

Ditanya mengenali kelebihannya, Mendes berkata, dia hanya menghafal kalendar.

“Segalanya ada dalam kepala,” katanya.

Untuk mencatat rekod Mendes mesti menamakan lebih 50 ibu negara dunia dalam tempoh 60 saat dan mengenal pasti lebih 77 bendera dalam tempoh sama. - Agensi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...