Showing posts with label Pelajar. Show all posts
Showing posts with label Pelajar. Show all posts

Thursday, 30 January 2014

UNIK: Johann Mendes pelajar autisme yang istimewa


Dubai : Walaupun menghidap autisme Johann Mendes tetap istimewa kerana mampu mengingati tarikh lahir hampir semua rakan sekelas, guru dan kakitangan sekolahnya.

Dengan kelebihan itu Mendes sedang membuat persediaan mencatat nama dalam Buku Rekod Guinness bagi membuktikan penghidap autisme juga mampu melakar kejayaan besar.

Menariknya, Mendes mahu memecahkan rekod dalam tiga kategori sekali gus - paling banyak mengingati tarikh lahir, bendera negara dan ibu negara dalam tempoh seminit.

Ibunya, Judy berkata, kelebihan Mendes disedari sejak dia berusia enam tahun.

“Mendes sangat tertarik kepada kalendar dan menghabiskan masa dengan membaca, melukis dan menyalin tarikh yang ada,” katanya.



Di peringkat awal, kata Judy, dia tidak memberi banyak perhatian kepada hobi Mendes sehinggalah pada satu hari bapa saudara remaja terbabit mula bertanya tarikh lahir keluarga mereka.

“Kami semua terkejut kerana Mendes menyebut tarikh lahir itu dengan betul,” katanya.

Sejak itu, kata Judy, bakat Mendes berkembang kepada meneka hari seseorang itu lahir - sama ada pada masa silam atau akan datang - berdasarkan tarikh lahir mereka.

Ditanya mengenali kelebihannya, Mendes berkata, dia hanya menghafal kalendar.

“Segalanya ada dalam kepala,” katanya.

Untuk mencatat rekod Mendes mesti menamakan lebih 50 ibu negara dunia dalam tempoh 60 saat dan mengenal pasti lebih 77 bendera dalam tempoh sama. - Agensi

Saturday, 14 December 2013

DALAM NEGARA: Pelajar Politeknik Dungun yang hilang ditemui lemas


DUNGUN – Seorang pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin yang hilang di laut semasa mandi di Pantai Teluk Bidara disini semalam ditemui lemas pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Ahmad Zailani Yaacob berkata mayat Mohd Hanif Jainuri, 18, dari Kampung Sri Dalam Senggarang, Johor dijumpai kira-kira pukul 7.50 pagi oleh pasukan penyelamat yang mencarinya sejak semalam.

Beliau berkata mayat pelajar tahun dua jurusan Diploma Kejuruteraan Automotif itu ditemui terdampar kira-kira 40 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Semalam mangsa bersama 12 rakannya yang lain pergi ke pantai itu untuk mandi-manda apabila seorang daripada mereka Ahmad Syukri Eiman Romainor, 18, dari Sungai Besi, Kuala Lumpur turut menemui ajal akibat lemas.

“Selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam tempoh kurang daripada 24 jam, kita berjaya mengesan mayat mangsa yang terdampar berhampiran batu di pantai berkenaan.

“Terdapat kecederaan pada kepala Mohd Hanif. Mayatnya dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat,” katanya kepada Bernama.


SUMBER: http://www.kosmo.com.my/

Friday, 13 December 2013

DALAM NEGARA: Mayat pelajar lelaki ditemui mati tergantung


KOTA BHARU  –- Misteri bau busuk dalam tandas asrama di sebuah sekolah di Kok Lanas pagi semalam, terbongkar apabila penyelia asrama terbabit, menemui mayat seorang pelajar dalam keadaan tergantung dengan kain pelekat dalam tandas yang terkunci.

Penyelia terbabit, Zul Atfi Mohamad, 37, berkata, sebagai rutin setiap pagi dia melakukan pemeriksaan bersama pengetua sekolah bagi meninjau setiap keadaan kawasan sekitar sebelum pelajar memulakan kelas al-Quran pada setiap pagi selepas bermulanya cuti sekolah awal Disember lalu.

Menurutnya, hanya apabila sampai di kawasan bilik air di tingkat bawah, dia tercium bau yang amat busuk dan mendapati pintu salah sebuah tandas dalam bilik air asrama terkunci dari dalam.

“Curiga dengan keadaan itu, saya mengambil kerusi yang berada di luar dan cuba memanjatnya bagi meninjau keadaan dari dalam tandas yang terkunci itu.

“Ketika saya memanjat dinding bilik air berdekatan dengan siling tandas, saya mendapati mayat seorang lelaki separuh bogel dengan hanya memakai baju dan jaket manakala lehernya diikat dengan kain pelekat tergantung dalam tandas dan terdapat kesan darah dan najis di lantai bilik air itu," katanya.



Kata Zul Atfi lagi, sebelum ini sepanjang lima hari bertugas di situ, dia turut melakukan pemeriksaan di seluruh kawasan termasuk di bilik air ini hampir setiap hari bermula Selasa lalu, namun tidak pula tercium bau
busuk.

“Apa pun pihak sekolah menyerahkan kes ini kepada polis untuk tindakan lanjut bagi mengenal pasti identiti mangsa," katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, sehingga ini pihaknya sudah mengenal pasti mayat mangsa dan hasil semakan yang dibuat melalui pengetua sekolah itu, mendapati salah seorang pelajar lelaki yang berusia 16 tahun tidak pulang ke rumah.

“Pihak sekolah telah menghubungi keluarga mangsa dan difahamkan pelajar itu tidak pulang ke kampungnya di Pasir Mas, selepas cuti bermula pada 7 Disember lalu,” katanya.



Berdasarkan pengecaman yang dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa mangsa, mereka sudah mengenal pasti dan mengecam pakaian serta cermin mata yang dijumpai di tempat kejadian.

“Dari hasil siasatan terhadap mayatnya, pelajar itu sudah tiga hari berada dalam keadaan demikian. Melalui pengamatan yang dijalankan, kejadian terbabit tiada kaitan dengan unsur jenayah dan kes diklafikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.


SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...