REMBAU : “Saya memang tidak sedap hati
apabila lihat cermin belakang, nampak sebuah kereta dipandu laju menghampiri
kereta saya," kata, Fazly Azam, 28, ketika menceritakan detik cemas
sewaktu ditemui di lokasi kemalangan di Kilometer 32 Jalan Seremban-Tampin,
dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, kenderaan pelbagai guna
(MPV) jenis Perodua Alza dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta jenis Proton
Saga.
Menurut Fazly, ketika kejadian dia dalam perjalanan ingin
menghantar neneknya, Timah Atum, 76, dari Kuala Lumpur ke Rumah Rakyat Astana
Raja.
"Tiba-tiba, kenderaan saya naiki dirempuh dengan kuat dan
saya serta nenek hanya sempat menjerit 'Allahuakbar' sebelum kenderaan kami
berpusing-pusing atas jalan raya." katanya.
Fazly berkata, sejak 10 tahun mendapat lesen memandu, ini kali
pertama dia terbabit dalam kemalangan.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, Proton Saga berkenaan
dipercayai mengekori terlalu rapat Perodua Alza lalu merempuh bahagian belakang
kenderaan berkenaan yang berhenti untuk masuk ke persimpangan kanan. SinarHarian
No comments:
Post a Comment