Patna : Seorang lelaki di timur India
menyaman anak lelakinya yang didakwa mencemarkan reputasi dan status sosialnya
selepas berkahwin dengan wanita kasta lebih rendah di timur India.
Sidhnath Sharma menuntut ganti rugi sebanyak
100 juta rupee daripada anaknya Sushant Jasu kerana melanggar tradisi keluarga dan
berkahwin dengan seorang wanita kasta lebih rendah. Beliau tidak membenarkan
anaknya itu menggunakan nama keluarga mereka lagi. Perbicaraan akan diadakan di
mahkamah negeri Bihar hari ini.
Anak Sharma telah dinamakan Ramnath Sharma, yang berkait rapat
dengan kasta keluarga dan kedudukan sosial yang tinggi seperti Brahmin. Setelah
berkahwin, Ramnath mengambil nama Sushant Jasu, tetapi masih menggunakan nama
keluarga untuk pengisian borang, menurut bapanya.
Sharma, peguam dari kasta atasan Bhumihar, berkata, perkahwinan
anak lelakinya tahun lalu itu memecahkan tradisi 400 tahun kasta terbabit.
“Selama bertahun-tahun perkahwinan yang diatur dalam kalangan
sesama kasta sudah menjadi tradisi. “Tetapi apabila anak lelaki sendiri
mengakhiri tradisi itu, ia bukan saja mengejutkan saya, malah status sosial
kasta kami. Ia tidak boleh dimaafkan dan tidak akan dilupakan,” katanya dalam
satu kenyataan.
Anaknya, seorang pegawai cukai yang bekerja di negeri Gujarat barat
India, berkahwin dengan isterinya, seorang pegawai bank dari Danapur, November
lalu.
Isterinya datang dari kasta Kurmi, kasta pertanian yang rendah,
menurut Encik Sharma. "Saya tidak pernah melihat gadis itu, dan saya tidak
mahu melihatnya," kata Encik Sharma.
Encik Sharma, yang memfailkan kesnya bulan lepas, berkata jika
anaknya terus menggunakan nama keluarga, beliau akan meminta untuk Rs. 10,000
rupee (RM539,843) sebagai bayaran hak cipta setiap kali beliau menggunakannya.
Warisan sistem kasta masih kuat diamalkan di kebanyakan bahagian
di India, termasuk Bihar, satu daripada negeri paling miskin dan paling ramai
penduduk.
Tindakan undang-undang telah diambil walaupun isteri Encik
Sharma ini menyokong perkahwinan anaknya.
"Jika anak saya gembira dengan perkahwinannya, saya secara
terbuka harus menyokongnya. Masa telah berubah sekarang, seseorang itu perlu
memahaminya," katanya. - ndtv stream.wsj
No comments:
Post a Comment