pesakit menelan kapsul (gambar) yang mengandungi belon kempis yang
melekat pada tiub
|
London : Pesakit mengalami obesiti yang
terdesak untuk mengurangkan berat badan kini boleh menelan belon di dalam pil
menerusi kaedah perubatan terbaru bagi menangani masalah kegemukan.
Tidak seperti rawatan belon gastrik, Obalon tidak memerlukan
pembedahan invasif. Sebaliknya, prosedur 10 minit itu hanya memerlukan pesakit
menelan kapsul bersaiz sebesar pil vitamin yang mengandungi belon kempis.
Kapsul itu dilekat kepada kateter mikro dan sebaik saja kapsul
itu hadam di dalam perut, belon itu akan mengembang menjadi sebesar saiz sebiji
epal. Kapsul itu akan larut dan katerer akan dikeluarkan dari mulut.
Belon itu akan berada di bahagian atas perut, menyebabkan
pesakit rasa kenyang dengan harapan pesakit akan mengurangkan makan dan
seterusnya berat badan akan berkurangan. Pesakit akan menerima belon kedua 30
hari selepas prosedur pertama dengan pilihan belon ketiga selepas kira-kira 60
hari, berdasarkan penurunan berat badan mereka dan kekenyangan yang dialami.
Belon sebesar saiz sebiji epal dan duduk di bahagian atas perut
untuk memberi pesakit rasa kenyang
Ia perlu dikeluarkan selepas beberapa bulan atau lebih dari 90
hari tetapi ia bertujuan sebagai harapan untuk membantu orang ramai membuat
perubahan gaya hidup untuk menjaga berat badan
Ujian klinikal di UK dan di Amerika Syarikat telah menunjukkan
bahawa pesakit secara purata, kehilangan 1st 3lbs (7.7 kg) dalam masa 12 minggu - dan
belon itu bertujuan untuk orang yang mempunyai BMI 27 dan ke atas - tidak dianggap cukup
gemuk untuk pembedahan penurunan berat badan
Seorang pesakit, Helene Fleckney, 43, dari Shenley di
Hertfordshire, berkata: 'Sejarah penyakit jantung dan kencing manis wujud dalam
keluarga saya, jadi saya tahu saya terpaksa mengambil tindakan terhadap berat badan
saya untuk mengurangkan risiko kecenderungan mendapat penyakit, dan juga
meningkatkan keyakinan saya.
Revolusi: sistem baru membolehkan belon gastrik yang
akan
mengembang dalam perut pesakit tanpa pembedahan
|
No comments:
Post a Comment