Wednesday, 29 January 2014

TOKYO: Japanese bra penguji ‘cinta sejati’


Tokyo : Sebuah syarikat pengeluar pakaian dalam Jepun semalam mendakwa berjaya menghasilkan coli yang hanya akan terbuka kancingnya apabila si pemakai benar-benar dilamun cinta.

Coli dinamakan sebagai Penguji Cinta Sebenar itu menggunakan pengesan dan gajet khas yang dihubungkan ke peranti mudah alih bagi menganalisis pola serta kelajuan degupan jantung pengguna pada ketika individu terbabit bertemu seseorang lelaki.

Perisian peranti pada coli berkenaan akan menganalisis maklumat berkenaan dan menentukan sama ada si pemakai benar-benar dilamun cinta atau sebaliknya.

Jika si pemakai dianggap mengalami perasaan cinta dan ghairah, kancing di bahagian depan coli akan terbuka sendiri dan terserah kepada individu terbabit untuk menentukan langkah seterusnya.

Bagaimanapun, pengeluar coli jenama Ravijour itu tidak untuk dipasarkan kerana ia sekadar gimik sempena kempen promosi mereka yang menyambut ulang tahun ke-10.

Jurucakap Ravijour, Yuka Tamura berkata, coli unik berkenaan dihasilkan untuk menarik perhatian bukan sekadar pengguna produk mereka.

“Kami mahu produk Ravijour dapat membangkitkan perasaan romantik di antara lelaki dan wanita,” katanya.

Dalam video promosinya, penonton ditunjukkan bagaimana coli bertatahkan emas itu dilengkapi alat pengesan di tengahnya.

Ia menghantar isyarat kepada sebuah telefon pintar bagi menganalisis data si pemakai.



Video itu mendakwa produk berkenaan sebagai “coli unik yang benar-benar mengetahui perasaan wanita.”- AFP

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...