STOCKHOLM : Seorang saintis Sweden
mendakwa, manusia mampu untuk 'menghidu' sistem imunisasi seseorang yang sedang
jatuh sakit.
Menurut penyelidik dari Institut Karolinska, Profesor Mats
Olsson, perkara itu berlaku sekiranya sistem imunisasi seseorang individu
terlalu aktif dalam tempoh beberapa jam selepas mereka terdedah kepada
bakteria.
Malah katanya, terdapat bukti saintifik dan kisah yang
mengandaikan pelbagai jenis penyakit mempunyai bau tertentu.
Sebagai contoh, skrofula, satu jangkitan pada nodus limfa
dikatakan mempunyai bau seperti bir yang tidak berbuih, manakala seseorang yang
mengalami kencing manis, mereka kadangkala bernafas dan mengeluarkan bau
'aseton'.
"Dalam kajian terbaharu ini, kami mengkaji keupayaan
manusia untuk mengesan penyakit dengan menghidu.
"Kemampuan untuk mengesan bau-bau ini akan mewakili
penyesuaian kritikal yang membolehkan kita untuk mengelak kemungkinan
penyakit-penyakit berbahaya,'' katanya yang mengetuai kajian itu.
Dalam kajian itu, Profesor Olsson dan pasukannya meminta seramai
lapan responden yang sihat untuk datang ke makmal dan mereka diberikan suntikan
dalam bentuk lipopolysaccharide (LPS), sejenis toksin yang diperbuat daripada
bakteria dan diketahui dapat meningkatkan tindak balas sistem imunisasi.
Responden kemudiannya memakai baju-T ketat bagi menyerap peluh
mereka dalam tempoh empat jam dengan satu kumpulan berasingan terdiri daripada
sukarelawan seramai 40 orang kemudiannya diminta menghidu bau peluh itu.
Secara keseluruhannya, mereka menilai responden dari kumpulan
LPS itu mempunyai bau yang kurang menyenangkan berbanding mereka yang memakai
baju-T lain. - AGENSI
No comments:
Post a Comment