Beijing : Sepasang suami isteri sanggup
mengitar semula botol plastik sejak 10 tahun lalu semata-mata mahu memastikan
dua anak lelaki mereka mendapat pendidikan sempurna sehingga peringkat
universiti.
Zhu dan isterinya Liu menganggarkan mengitar semula hampir sembilan juta botol plastik dan lebih 20 tan bahan plastik sejak 10 tahun yang lalu.
“Kami sanggup melakukan apa saja demi pendidikan anak kami. Mr
Zhu, berasal dari wilayah Jiangxi tetapi kini tinggal di bandar Hengyang,
Hunan, memberitahu 21CN.
“Malah kejayaan mereka juga akan menguntungkan negara ini supaya
menjadi individu yang berpendidikan tinggi dan dihormati,” katanya.
Setiap hari, bagi memastikan botol dikutip boleh dikitar semula,
Liu membuka label setiap satu menggunakan tangannya sebelum diasingkan mengikut
warna.
Hasilnya, anak sulung mereka kini mempunyai PhD dan bakal
menyambung pengajiannya di Jerman.
Zhu berkata, pada 2006 anak bongsunya yang berada di Hunan
Normal University College of Commerce untuk tahun ketiga pengajiannya tiba-tiba
mahu berhenti belajar dan memulakan perniagaan.
“Saya risau dengan keputusannya dan memujuknya menumpukan
perhatian terhadap pelajarannya.
“Duit boleh dicari kemudian,” katanya. - Agensi
No comments:
Post a Comment