Los Angeles, Amerika Syarikat - Produser filem Hollywood
kelahiran Malaysia, Riza Aziz mencipta nama menerusi kejayaan filem
terbitannya, The Wolf Of Wall
Street yang menggondol Anugerah Golden Globes kategori Pelakon Lelaki
Terbaik menerusi lakonan mantap Leonardo DiCaprio.
Filem yang menelan belanja RM326 juta itu didakwa hasil
sumbangan kewangan daripada ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri
kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dipetik Mstar Online, Riza dikatakan enggan mengulas lanjut
mengenai kontroversi yang melanda filemnya itu.
Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul
Aziz Nong Chik.
Filem penuh kontroversi itu berdasarkan kisah benar mengenai
broker saham Wall Street, Jordan Belfort lakonan DiCaprio yang dipenjarakan
kerana rasuah dan jenayah perdagangan.
Filem itu turut membariskan bintang-bintang Hollywood terkenal
seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.
Mengulas mengenai kemenangan DiCaprio, Riza akui sangat
berbangga dengan bakat dan dedikasi bintang ‘superstar’ Hollywood itu.
"Saya senang bekerjasama dengan Leo. Dia seorang pelakon
yang sangat profesional dan komited terhadap tugasnya.
“Leo seorang bintang filem ternama yang sangat merendah diri dan
baik hati," kata Riza.
DiCaprio dikatakan bersetuju berlakon filem The Wolf Of Wall
Street di atas dasar persahabatannya yang sudah terjalin dengan Riza sejak beberapa
tahun yang lalu. SUMBER
No comments:
Post a Comment