Bangkai anak ikan paus adalah lebih kurang 7 kaki panjang,
berbanding ukuran biasa antara 12-16 kaki untuk bayi ikan paus kelabu.
|
Mexico : SEEKOR ikan paus kelabu kembar
siam atau berkepala dua ditemui mati di pesisir pantai Laguna Ojo de Liebre,
Mexico.
Ahli saintis di Lagoon Scammon Mexico atau Laguna Ojo de Liebre
terserempak anak ikan paus yang tidak bermaya, didapati telah keguguran kerana
kecacatan yang dialami mereka.
Penemuan pertama kali paus kelabu atau nama saintifiknya
Eschrichtius robustus mengejutkan saintis marin.
Saintis American Cetacean Society Alisa Schulman-Jangier
berkata, dilahirkan tidak cukup bulan atau keguguran.
Bangkai anak ikan paus itu dikumpulkan untuk analisis
selanjutnya.
Ikan paus kelabu akan mengunjungi lagun di sepanjang semenanjung
Baja California, selepas pelayaran hampir 6,000 batu dari perairan Artik.
Mereka melahirkan anak di lagun atau semasa perjalanan ke arah
selatan, dan mereka menjaga anak mereka selama beberapa minggu sebelum
memulakan pelayaran balik ke arah utara di Chukchi dan Bering seas.
NOAA menyatakan populasi paus kelabu Pasifik dianggarkan sebanyak
21,000.
Majoriti anak paus dilahirkan pada minggu terakhir bulan
Disember dan 2 minggu pertama bulan Januari.
“Anak paus itu memiliki satu badan dengan dua kepala. Paus itu
hanya berukuran 2.1 meter berbanding ukuran normal 3.6 hingga 4.8 meter yang
biasanya terdapat di perairan Artik," katanya, menurut laporan National
Geographic.
Menurutnya, kehadiran paus spesies tersebut di perairan Mexico
merupakan perkara luar biasa berbanding spesies minke yang biasa ditemui
terutamanya ketika musim mengawan. SUMBER
No comments:
Post a Comment