Showing posts with label kembar siam. Show all posts
Showing posts with label kembar siam. Show all posts

Monday, 20 January 2014

VIDEO: Rare Conjoined Gray Whale Calves Found Dead in Mexican Lagoon


MEXICO: Paus kelabu kembar siam

Bangkai anak ikan paus adalah lebih kurang 7 kaki panjang,
berbanding ukuran biasa antara 12-16 kaki untuk bayi ikan paus kelabu.

Mexico : SEEKOR ikan paus kelabu kembar siam atau berkepala dua ditemui mati di pesisir pantai Laguna Ojo de Liebre, Mexico.


Ahli saintis di Lagoon Scammon Mexico atau Laguna Ojo de Liebre terserempak anak ikan paus yang tidak bermaya, didapati telah keguguran kerana kecacatan yang dialami mereka.


Penemuan pertama kali paus kelabu atau nama saintifiknya Eschrichtius robustus mengejutkan saintis marin.


Saintis American Cetacean Society Alisa Schulman-Jangier berkata, dilahirkan tidak cukup bulan atau keguguran.


Bangkai anak ikan paus itu dikumpulkan untuk analisis selanjutnya.


Ikan paus kelabu akan mengunjungi lagun di sepanjang semenanjung Baja California, selepas pelayaran hampir 6,000 batu dari perairan Artik.


Mereka melahirkan anak di lagun atau semasa perjalanan ke arah selatan, dan mereka menjaga anak mereka selama beberapa minggu sebelum memulakan pelayaran balik ke arah utara di Chukchi dan Bering seas.


NOAA menyatakan populasi paus kelabu Pasifik dianggarkan sebanyak 21,000.


Majoriti anak paus dilahirkan pada minggu terakhir bulan Disember dan 2 minggu pertama bulan Januari.


“Anak paus itu memiliki satu badan dengan dua kepala. Paus itu hanya berukuran 2.1 meter berbanding ukuran normal 3.6 hingga 4.8 meter yang biasanya terdapat di perairan Artik," katanya, menurut laporan National Geographic.


Menurutnya, kehadiran paus spesies tersebut di perairan Mexico merupakan perkara luar biasa berbanding spesies minke yang biasa ditemui terutamanya ketika musim mengawan. SUMBER


Tuesday, 8 October 2013

LUAR NEGARA: Bayi Ginan Disebut Kembar Parasit

luar negara, bandung, bayi (conjoined twinning), kembar siam, kembar parasit, kembar siam parasit, (conjoined parasitic twin), (conjoined twinning),
Bayi Kembar Parasit bernama Ginan Septian Nugraha yang saat ini tengah dirawat di ruang Neonatal Intensife Care Unit (NICU) RSHS Bandung.

Kembar parasit kini tengah menjadi salah satu topik hangat perbincangan apabila lahirnya bayi bernama Ginan Septian Nugraha, pada Isnin (19/9/2013) lalu, di Rumah Sakit Hasan Sadikin, Bandung. Bayi yang seolah mengeluarkan janin lagi dari dalam mulutnya ini membuka mata masyarakat akan fenomena yang disebut kembar siam parasit. 


Kembar siam parasit (conjoined parasitic twin) dalam dunia kedoktoran adalah salah satu bahagian dari kembar siam (conjoined twinning) dan merupakan abnormalitas bawaan (congenital abnormality). keadaan ini berlaku adanya sebahagian bentukan organ bayi lain yang menempel pada bayi yang lahir.

Ketika Aep Supriatna melihat bayi yang baru dilahirkan isterinya 19 September lalu dia sangat terkejut kerana mendapati zuriatnya itu kembar siam.

Lebih mengejutkan Aep, 36, bayi pertama lahir dalam keadaan biasa tetapi kembarnya keluar dari mulut.






Menurut Aep, isterinya Yani, 33, bersalin di rumah mereka di Kampung Cikadu di daerah Cipeundeuy, Bandung Barat.

“Anak pertama kali normal tetapi yang ini nampaknya kembar siam,” katanya. Aep berkata, sebaik saja bayi itu dilahirkan dengan bantuan bidan, ia diarahkan segera dibawa ke hospital tetapi dia tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Hanya selepas itu, kata Aep, dia dimaklumkan anak ketiganya itu kembar siam.

“Saya sangat terkejut,” katanya. Bayi pertama adalah lelaki dan diberi nama Ginan Septian Nugraha dan disahkan sihat.
“Bagaimanapun rongga mulutnya penuh kerana berisi tubuh bayi kedua,” katanya."



SUMBER:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...