Seremban : Penduduk di sekitar Kampung
Legong Jaya, Rembau, dinasihatkan tidak menggunakan air di sungai berkenaan
berikutan kesucian air sungai tersebut kini diragui.
Mufti kerajaan negeri, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, babi
tergolong dalam najis mughallazah, mana-mana individu Islam yang menyentuhnya
perlu di samak dengan sempurna.
Katanya, sekiranya air di sungai itu berada dalam kuantiti yang
sedikit, sudah pasti wujudnya kekotoran, akibat daripada pembuangan kepala
binatang berkenaan.
“Dan sekiranya air sungai berkenaan terkena pakaian mahu pun
tubuh badan kita (orang Islam) ia perlu disamak.
“Oleh sebab itulah, saya menasihatkan kepada penduduk kampung
berkenaan supaya tidak menggunakan lagi air tersebut, kerana kesucian dan
kebersihan sungai itu sangat diragui,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri, Charanpal
Singh berkata pihaknya sudah menghantar
wakil untuk meneliti keadaan di sungai tersebut dan mengambil contoh air
berkenaan untuk diperiksa kualitinya,
bagi memastikan ia tidak tercemar.
Katanya, keputusan mengenai tahap kualiti air di sungai
berkenaan belum dapat diberikan, memandangkan ia mengambil masa sebelum
sebarang tindakan dibuat.
“Kejadian ini merupakan pertama kali kita terima, kerana sebelum
ini tiada sebarang aduan dibuat oleh penduduk kampung.
“Mungkin juga mereka membuat aduan kepada jabatan lain, atau PBT
berkaitan, namun kita akan menyiasat perkara ini dengan teliti bagi memastikan
tiada wujudnya pencemaran air di sungai berkenaan,” katanya kepada Sinar
Harian.
Katanya, Jabatan Alam Sekitar akan bekerjasama dengan Jabatan Veterinar
dan juga Majlis Daerah Rembau, bagi menyelesaikan isu tersebut.
“kita yakin kejadian ini pasti dilakukan oleh orang luar,
berikutan di Negeri Sembilan tidak
mempunyai pusat penyembelihan binatang (babi) berkenaan.
“Namun kita tidak mahu menuduh sesiapa, sehingga siasatan
terperinci dilakukan bersama pihak berkuasa, serta jabatan lain yang terlibat,”
katanya. sinarharian
No comments:
Post a Comment