Riyadh : Seorang pekerja warga Mesir di
sini menolak tawaran SR3 juta (RM2.6 juta) untuk membeli nombor pendaftaran
kenderaaannya dengan alasan dia tidak mahu memutuskan hubungan dengan
keretanya.
Hisham Bili yang mempunyai berpendapatan sebanyak SR4,000
(RM3,500) berkata, dia menerima kereta lama itu daripada seorang rakan warga
Saudi dan nilai kereta itu kini hanya kira-kira SR12,000 (RM10,600).
“Saya menerima kereta ini sebagai hadiah 16 tahun lalu. Saya
tidak mahu menjualnya dan nombor pendaftarannya walaupun tawarannya mencecah
SR3 juta kerana saya tidak mahu menjejaskan hubungan persahabatan kami,”
katanya, dipetik akhbar tempatan Al Arabiya.
“Saya menerima pelbagai tawaran. Kini saya tidak lagi
memandunya, sebaliknya menaiki teksi kerana mahu mengelak daripada orang ramai
yang meminta saya menjualnya,” kata Hisham. - AFP
No comments:
Post a Comment