Nusajaya : Seorang ibu dikatakan membenar
dan menyediakan bilik untuk anak gadisnya melakukan kegiatan maksiat dengan
membawa balik teman lelakinya.
Ibu berkenaan didakwa berbuat demikian bagi mengelakkan anaknya
dicekup buat kali kedua oleh penguat kuasa Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).
Bagaimanapun perbuatan terkutuk ibu dan anaknya itu terbongkar
selepas intipan MAIJ dan Jawatankuasa Surau Taman Nusantara, baru-baru ini.
Pengerusi Biro Keselamatan Taman Nusajaya, Ismail Rejab, 46,
berkata serbuan dijalankan ke rumah dua beranak itu kira-kira jam 5 pagi dan
ketika diserbu teman lelaki gadis itu tidur di tingkat bawah manakala teman
wanitanya di tingkat atas.
“Pasangan berusia 20-an itu seolah-olah mendapat lesen daripada
ibu gadis itu apabila kerap membawa balik teman lelaki pada siang mahupun
malam. Kami juga difahamkan ibu itu membenarkan mereka berdua-duaan di rumah.
“Ibu gadis itu berusia 50-an mengakui kesilapan membiarkan
anaknya bebas bergaul hingga membawa balik teman lelaki dan berjanji akan
mengawasi kegiatan anak perempuannya,” katanya sambil memaklumkan anak wanita
itu juga diberi kaunseling supaya tidak mengulangi perbuatannya.
Sementara itu, Ismail berkata, terdahulu pihaknya membuat
serbuan ke sebuah kediaman seorang gadis, 20, yang tinggal bersama rakannya,
kira-kira jam 3.30 pagi.
Menurutnya, gadis itu mengambil masa setengah jam membuka pintu
rumah.
“Selepas diberi amaran, gadis itu memakai kemeja-T dan berseluar
pendek membuka pintu sebelum pemeriksaan mendapati seorang lelaki berusia 23
tahun berasal dari Kampung Melayu, Gelang Patah berada di dalam bilik tidurnya.
Pasangan itu diserahkan kepada pegawai pencegah maksiat JAIP
manakala teman serumah wanita itu diambil keterangan kerana disyaki
bersubahat,” katanya, menurut sumber Antarapos.
No comments:
Post a Comment