Friday, 24 January 2014

PRETORIA: Arca arnab dalam ‘telinga’ Mandela


Pretoria : Kerajaan Afrika Selatan membuat arahan kepada artis yang mengukir patung bekas Presiden Afrika Selatan, mendiang Nelson Mandela untuk membuang ukiran arnab kecil di telinga patung berkenaan.

Ia adalah angkara artis yang menghasilkan arca itu yang setinggi sembilan meter dari gangsa di Pretoria.

Mereka menambah ukiran arnab kecil itu sebagai tanda mereka adalah artisnya tanpa memaklumkan pihak kerajaan Afrika.

“Kami mahu ia diubah dengan segera, kerana integriti arca ini adalah penting,” kata jurucakap Kementerian Kesenian dan Kebudayaan Afrika Selatan Mogomotsi Mogodiri.

Pihak kerajaan tidak tahu menahu langsung berkenaan imej arnab itu hanya selepas akhbar tempatan Afrika Selatan mendedahkannya.

Rabbit in the ear of the Nelson Mandela statue
Dua pengukir berkenaan Andre Prinsloo dan Ruhan Janse van Vuuren bagaimanapun sudah memohon maaf kerana mengukir arnab berkenaan tanpa keizinan dari pihak kerajaan.

“Kami menerima permohonan maaf mereka,” kata Mogodiri.

Bagaimanapun ketika, tidak diketahui berapa lama masa akan diambil untuk mengeluarkan ukiran arnab berkenaan dari telinga arca Mandela itu.
 
ARCA arnab berkenaan dianggap penghinaan terhadap Mandela dan perjuangannya.


Syarikat yang dilantik untuk menghasilkan patung itu Koketso Growth, yang mengupah dua pengukir itu menggambarkan dua karyawan seni itu sebagai satu penyesalan yang besar.

Pengerusi syarikat berkenaan Dali Tambo berkata sejak dari awal telah melarang sesuatu ukiran asing di patung itu dan merancang untuk meletakkan plak berhampiran patung itu menunjukkan nama dua artis berkenaan.

“Mengecewakan apabila dua artis berkenaan memilih cara sebegitu untuk menunjukkan hasil karya mereka tanpa memberitahu kami,” katanya.

Ukiran patung Mandela dari gangsa itu dihasilkan dengan kos kira-kira US$740,000 Dolar Amerika merupakan patung ukiran terbesar Mandela pernah dihasilkan seluruh dunia.

Ia dipertontonkan kepada umum sehari selepas mendiang Mandela dikebumikan.

Mandela menjadi presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan selepas meringkuk selama 27 tahun di dalam penjara ketika dasar apartheid dan beliau meninggal dunia pada 5 Disember tahun lepas pada usia 95 tahun. – IBNU K/Mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...