Beijing : Seorang pelajar China Guo
Shijun merayu pihak berkuasa universiti agar membenarkan bapanya yang lumpuh tinggal
di bilik asramanya sepanjang penggal pengajian.
Guo yang tidak mahu menangguhkan pengajiannya kerana terpaksa
menjaga bapanya yang lumpuh dan ibu yang sakit terpaksa membuat permohonan
pengecualian itu. Disebabkan dia berjaya mendapat tempat di universiti terbaik
dan pihak pentadbiran institusi pengajian tinggi itu kagum dengan dedikasinya
menghadapi kesukaran dalam hidup, mereka membenarkan dia membawa bapanya ke
asrama universiti bagi meringankan beban yang ditanggungnya.
Guo, 20, yang berasal dari keluarga miskin menjalani zaman
kanak-kanak dengan penuh kesukaran. Ibunya menghidap sakit mental selepas
diserang meningitis ketika Guo masih kecil. Dia dan bapanya terpaksa
bergilir-gilir menjaga ibunya. Walaupun dibebani tanggungjawab besar ketika
kecil. Guo tetap berupaya memperoleh gred tertinggi di sekolah.
Nasib yang menimpa Guo bertambah buruk apabila bapanya yang
bekerja sebagai buruh binaan terbabit dengan nahas ketika bekerja. Bapanya
terjatuh 15 meter dari struktur jambatan yang dibina di Liuan, wilayah Anhui
menyebabkan lelaki itu lumpuh dari paras pinggang ke bawah. Sejak kejadian itu,
datuk dan nenek Guo mengambil alih tugas menjaga ibunya, tetapi tidak mampu
untuk turut menjaga bapanya. Kerana itu, Guo terpaksa menyewa sebuah bilik
kecil berhampiran asrama universitinya dan membawa bapanya tinggal
bersama-samanya bagi memudahkan dia menjaga bapanya.
Untuk membiayai pengajiannya di universiti, Guo meminjam wang
daripada rakan dan saudara-maranya. Kos ini, berjumlah £2000 setahun untuk
tuisyen sahaja, tidak termasuk makanan, bil-bil dan kos penjagaan untuk ibu
bapanya. Meskipun tidak berkemampuan untuk membiayai kos pelajaran, beliau
berjaya mendapat biasiswa dengan usahanya sendiri.
No comments:
Post a Comment