Hong Kong : Seorang jutawan tempatan
menggandakan jumlah tawaran wang kepada mana-mana lelaki yang berjaya menambat
hati anak perempuannya yang lesbian untuk berkahwin.
Tawarannya sebanyak HK$500 juta (RM215 juta) yang dibuat tahun
lalu sudah menarik minat 20,000 calon dua tahun lalu.
Cecil Chao, 77, mengikut laporan The Edge Malaysia, menggandakan
tawaran itu kepada RM433.1 juta kepada lelaki yang berjaya menawan hati
anaknya, Gigi.
“Saya tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadi kehidupan
anak saya. Saya cuma mahu dia berkahwin dengan baik dan mendapat anak yang
bakal mewarisi perniagaan saya,” kata Chao Tetapi tindakan Chao membuat tawaran
untuk mencari jodoh buat anaknya menyebabkan Gigi dan “pasangannya” Sean Eav
kecewa.
“Saya tidak yakin tawaran itu akan menemukan saya dengan lelaki
idaman saya,” kata Gigi kepada sebuah media tempatan.
“Saya lebih gembira dan berbaik dengan lelaki yang sanggup
menderma kepada badan kebajikan saya dan yang penting, mereka tidak kisah saya
sudah mempunyai ‘isteri’. “Terakhir sekali, terima kasih ayah, saya sayang ayah
juga,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.
Gigi dilaporkan hampir mengahwini Eav - pasangannya selama
sembilan tahun - dalam satu majlis di Perancis pada awal 2012, kerana
perkahwinan sesama jantina tidak diiktiraf di Hong Kong.
Tawaran Chao yang mendapat perhatian seluruh dunia sebelum ini
gagal mengubah pendirian Gigi mengenai cara hidupnya.
Gigi memberitahu media, tindakan ayahnya itu melambangkan betapa
besar kasih sayang ayahnya terhadapnya.
Pengarah filem dari Britain, Sacha Baron dilaporkan sedang
menyiapkan sebuah filem berdasarkan kisah Chao dan Gigi. - AFP
No comments:
Post a Comment