Kuala Lumpur : “We are sad.. we need mummy and
daddy. We miss them so much.. Please come back to us, we can’t live without
them. (Kami sedih... kami perlukan mummy dan daddy. Kami terlalu rindukan
mereka. Tolonglah kembali kepada kami, kami tidak boleh hidup tanpa mereka).
Itu kata-kata yang diluahkan dalam Facebook Aisyah, anak sulung
pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Nurshal yang ditahan polis Sweden
sejak Disember lalu.
Aisyah, 14, memuatnaik gambarnya dan tiga lagi adiknya, Ammar,
Adam dan Ariff yang kelihatan murung ketika dalam kenderaan awam.
Mereka yang berusia antara tujuh hingga 14 tahun diuruskan
Jabatan Kebajikan Sweden, kini ditempatkan di sebuah rumah keluarga angkat
sejak ibu bapa mereka ditahan pihak berkuasa Sweden pada 14 Disember lalu.
Ketika berita mengenai nasib Azizul Raheem dan Shalwati yang
ditahan kerana didakwa memukul seorang anak mereka yang tidak bersolat
disiarkan BH pada 15 Januari lalu, nasib empat anak pasangan itu tidak
diketahui, susulan pihak kedutaan Malaysia tidak dibenarkan bertemu mereka.
Bagaimanapun, Jabatan Kebajikan Sweden akhirnya buat pertama
kali memberi kebenaran kepada pegawai kedutaan Malaysia untuk bertemu empat
anak pasangan suami isteri itu semalam.
Sejak pasangan terbabit ditahan 14 Disember lalu, tiada wakil
dari kedutaan Malaysia di sana dibenarkan bertemu dengan keempat-empat beradik
itu dan pihak kedutaan mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk kebenaran
mengadakan pertemuan.
Sementara itu, BERNAMA melaporkan, empat anak pasangan warga
Malaysia itu, menyatakan tidak selesa tinggal bersama keluarga angkat berlainan
agama di Sweden.
Anak sulung pasangan itu, Aisyah, berkata beliau dan tiga adik
lelakinya berusia 7, 11 dan 12 tahun, ditempatkan bersama keluarga angkat yang
disediakan pihak khidmat sosial negara itu.
Aisyah berkata, mereka tidak gembira dengan keadaan dalam rumah
berkenaan.
“Kami tidak gembira kerana keluarga angkat bela anjing.
Keluarga angkat juga makan makanan tidak halal, walaupun kami
tidak diberi makanan itu, tetapi kami berkongsi pinggan mangkuk yang sama,”
katanya kepada BERNAMA ketika dihubungi semalam.
Aisyah berkata, mereka juga berulang kali menyatakan hasrat untuk pulang ke Malaysia secepat mungkin, namun tidak dibenarkan pekerja khidmat sosial. SUMBER
Aisyah berkata, mereka juga berulang kali menyatakan hasrat untuk pulang ke Malaysia secepat mungkin, namun tidak dibenarkan pekerja khidmat sosial. SUMBER
No comments:
Post a Comment