Georgetown : Seorang wanita tidak dapat
menahan sebak apabila mengetahui tiga kucing peliharaannya mati dalam kebakaran
yang berlaku di BJ Court di sini, petang tadi.
Wanita yang dikenali sebagai Suraya itu bergegas pulang selepas
mengetahui rumahnya yang terletak di aras 14 kondominium berkenaan terbakar.
Dia yang bekerja di pusat beli-belah Queensbay berkata,
perkhabaran duka itu diterima daripada jirannya kira-kira jam 3.40 petang.
Menurutnya, sebaik tiba di rumah, dia hanya bertanyakan mengenai
kucing peliharaannya sahaja kepada anggota bomba yang bertugas di tempat
kejadian.
Namun harapan untuk melihat tiga kucing peliharaannya itu tidak
kesampaian sebaliknya mendapat berita yang menambah kesedihannya.
Menurut anggota bomba yang ditemui di tempat kejadian, seekor
kucing dijumpai mati di ruang beranda rumah itu dan dua ekor lagi ditemui di
bahagian bawah kondominium berkenaan.
Katanya, dua kucing yang ditemui di bahagian bawah itu
dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkat 14 namun ditemui
mati oleh orang ramai.
Suraya berkata, dia hanya tinggal bersendirian di rumah
berkenaan sejak empat bulan lalu dan tiga kucing itu yang menjadi penamaannya
selama ini.
“Saya menjaga mereka sejak enam bulan lalu dan tak menyangka
pagi tadi adalah kali terakhir saya bermain dengan Daniel, Eddi dan Shasha
(nama kucing peliharaannya),” katanya yang ditemui di tempat kejadian. sinarharian
No comments:
Post a Comment