LOKASI seorang murid berusia 10 tahun dalam perjalanan ke
sekolah yang diculik sebelum dirogol serta dicederakan di Bukit Batu dekat
Bakri, Muar, Johor, semalam.
|
MUAR : Malang buat seorang kanak-kanak
perempuan berusia 10 tahun apabila diperlakukan secara kejam oleh seorang
lelaki yang bukan sahaja merogol malah meliwat mangsa dan dipaksa melakukan
seks oral di Bakri di sini semalam.
Tidak cukup dengan itu, mangsa yang enggan mengikut kemahuannya
dipukul dan kemaluannya ditoreh suspek dengan senjata tajam sehingga
mengakibatkan kanak-kanak berkenaan terpaksa menerima 18 jahitan.
Lebih menyedihkan kejadian tersebut berlaku semasa mangsa dalam
perjalanan menaiki basikal berseorangan menggunakan jalan pintas ke sebuah
sekolah agama di Bakri di sini, melalui kebun getah, pukul 3 petang.
Semasa dalam perjalanan, mangsa ditahan suspek berusia 37 tahun,
kira-kira 250 meter dari Jalan Mahmud di sini, sebelum dipaksa menaiki kereta
lalu melarikannya.
Insiden itu disedari seorang pekebun yang hanya sempat mencatat
nombor pendaftaran kereta tersebut dan bertindak menghubungi polis.
Menurut sumber, mangsa kemudian dibawa ke sebuah tempat
pembuangan sampah lalu dirogol, diliwat dan dipaksa melakukan seks oral di
dalam kereta.
"Mangsa turut dicederakan suspek apabila enggan menurut
kemahuan lelaki itu," katanya ketika ditemui di Bukit Bakri, sini hari
ini.
Kata sumber itu lagi, selepas kejadian, suspek membawa mangsa ke
sebuah stesen minyak di Bukit Bakri dan sepasukan polis yang mendapat maklumat
berhubung nombor pendaftaran kereta tersebut bertindak menahannya kira-kira
pukul 5 petang.
Ujarnya, mangsa diselamatkan dalam keadaan baju sekolahnya
berlumuran darah, ketakutan dan tidak bermaya sebelum dihantar ke Hospital
Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dan menerima 18 jahitan di bahagian kemaluan.
Melalui siasatan awal katanya, suspek mengaku mengambil dadah
sebelum melakukan perbuatan tersebut dan direman bermula hari ini untuk
membantu siasatan.
Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati jarak
antara rumah kanak-kanak malang itu dengan sekolah agama terbabit kira-kira dua
kilometer yang perlu melalui kawasan belukar, kebun sawit dan kebun getah.
Menurut penduduk tempatan yang enggan dikenali, mangsa
menggunakan jalan tersebut setiap hari kerana merupakan jalan pintas dengan
mengambil masa kira-kira 10 minit untuk ke sekolah.
Katanya, jalan tersebut sunyi tetapi penduduk tidak mempunyai
pilihan lain kerana merupakan jalan paling dekat. Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment