Wednesday 2 October 2013

LUAR NEGARA: Remaja Thailand pendek kerana kurang minum susu


Bangkok: Golongan muda Thailand kebiasaannya pendek kerana mereka tidak minum banyak susu, kata Menteri Kesihatan Awam, Pradit Sintawanarong.

Ini berdasarkan kajian kementerian berkenaan yang mendapati purata ketinggian remaja lelaki berusia 18 dan 19 tahun ialah 167.1 sentimeter, manakala bagi perempuan, 157.4 sentimeter. 

Kurangnya amalan minum susu dipercayai punca utama mengapa ketinggian mereka begitu, kata Dr Pradit. 

Penduduk Thai kurang minum susu berbanding di negara lain di Asia Tenggara dengan purata 14 liter susu seorang setiap tahun. 

Ini berbanding dengan kadar purata negara lain serantau sebanyak 60 liter manakala kadar antarabangsa, 103.9 liter setahun, katanya lagi. 

Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Thailand, Pornthep Siriwanarangsan, berkata pihak kementerian merancang untuk menaikkan kadar ketinggian remaja lelaki Thai berusia 18 tahun kepada 175 sentimeter dan 162 sentimeter bagi remaja perempuan. 

Kementerian itu juga mahu mempromosi amalan menyusu bayi bagi enam bulan pertama selepas kelahiran selain kanak-kanak minum dua hingga tiga gelas susu sehari, manakala yang lebih tua, dua gelas sehari, kata Dr Pradit. 

AGENSI


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...