Tuesday 8 October 2013

LUAR NEGARA: 56 tahun beli 55,000 gaun isteri

Los Angeles: Seorang lelaki romantik menghadiahkan isteri kesayangannya 55,000 pasang gaun sepanjang 56 tahun perkahwinan mereka.

Paul Brockmann, 78, mahu Margot, 76, mempunyai gaun berbeza setiap kali mereka menghadiri majlis tari-menari.


 Bagaimanapun, ekoran keadaan kesihatan yang kurang baik dan kos penyimpanan yang mahal, pasangan dari Los Angeles itu kini menjual koleksi gaun berkenaan.





Brockmann yang dilahirkan di Jerman dan juga kontraktor umum mula menari pada usia 13 tahun dan sejak itu meminati hobi berkenaan.

Dia bertemu Margot pada satu majlis tari-menari dan berkata, wanita itu mengubah hidupnya selepas mereka jatuh cinta.

Brockmann menulis di laman webnya: “Margot ialah kekasih hati saya sejak dulu hingga kini. Saya mengikutinya ke Amerika Syarikat walaupun disisihkan keluarga sendiri kerana bertindak demikian pada tahun 50-an.

luar negara, gaun, 56 tahun, 55 ribu, 56 tahun beli 55, 000 gaun isteri, Paul Brockmann, Margot, Los Angeles,


“Saya suka melihatnya menari dan mula mengumpul gaun untuknya. Saya akan membayangkan dia menari dengan gaun itu, membayangkan penampilannya ketika memakainya dan membeli gaun demi gaun untuk dipakai Margot ketika kami menari.” Gaun sebanyak 55,000 itu dibeli selama lima dekad, tetapi gaya tahun 50-an yang paling digemari Brockmann.

Saya kagum dengan gaun tahun 50-an. Kain dalam dan skirtnya yang kembang membuatkan seseorang wanita itu kelihatan lemah lembut. Dan itulah yang paling saya suka. Apabila saya melihat seorang gadis dengan gaun sedemikian, saya ingin membawanya ke lantai tarian,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...