Showing posts with label remaja. Show all posts
Showing posts with label remaja. Show all posts

Saturday, 25 January 2014

PARIT BUNTAR: remaja perempuan diculik dan dirogol

Rumah kosong di Jalan Abdul Raof,
Parit Buntar yang didakwa menjadi lokasi
seorang remaja perempuan diculik dan dirogol.

Parit Buntar : Seorang gadis berusia 13 tahun menempuh detik hitam apabila diculik dan dirogol empat lelaki di sebuah rumah kosong di Jalan Abdul Raof, di sini, ketika pergi ke kedai runcit pada 15 Januari lalu.

Ketika kejadian, remaja berkenaan dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit yang terletak beberapa meter dari rumahnya.

Kumpulan lelaki itu kemudian meninggalkan mangsa di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa ditemui rakannya tidak memakai selipar dan pakaiannya berlumpur sebelum dibawa balik ke rumah kakaknya.

“Mangsa pengsan sebaik sahaja tiba di rumah dan keluarganya membawa mangsa ke Hospital Parit Buntar.

“Selepas sedar, remaja itu menceritakan telah dikejar empat lelaki ketika menuju ke sebuah kedai runcit pada kira-kira jam 7.50 malam, hari kejadian.

“Mangsa mendakwa diculik dan dibawa ke sebuah rumah kosong berhampiran premis cuci kereta dan dirogol  kumpulan lelaki terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini.

Mat Fauzi berkata, polis menerima laporan daripada kakak mangsa kira-kira jam 8 malam.

Menurutnya, siasatan polis di tempat kejadian menemui sekeping papan mempunyai kesan darah dan ia dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan.

“Hasil tinjauan polis di lokasi kejadian mendapati kawasan di situ agak semak, sunyi dan gelap. Rumah terdekat terletak pada jarak 20 meter,” katanya.

Mat Fauzi berkata, seorang suspek dikenal pasti dan ditahan membantu siasatan kes itu.

“Suspek berumur 22 tahun ditahan dan merupakan penduduk tempatan,"katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan hukuman sebat. sinarharian

Monday, 9 December 2013

DALAM NEGARA: Remaja 15, 16 tahun nikah

news, dalam negara, remaja, nikah,

SHAH ALAM: “Saya akan buktikan, mampu menjadi suami terbaik buat isteri, sekali gus ayah dalam keluarga kami yang bahagia, walaupun baru berusia 15 tahun.

“Restu keluarga dan sanak saudara menjadi kekuatan kepada saya, membuktikan bahawa usia bukan ukuran dalam menentukan kemampuan dan tanggungjawab menjadi suami,” kata Muhamad Haikal Farith Mohd Shah.

Beliau selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd Kamal, 16, yang masih belajar dalam Tingkatan Empat, oleh Imam Masjid Teluk Kemang, Port Dickson, Rahim Jaafar, kelmarin.

Nur Hazwani menerima mas kahwin RM200 dan hantaran RM5,000.

Muhamad Haikal berkata, bapanya, Mohd Shah Abdul Aziz, 43, memohon kebenaran mahkamah bagi membolehkan dia bernikah dengan pasangannya kerana usia mereka yang masih muda.

Semangat membara

Katanya, walaupun beliau muda setahun daripada isterinya, namun semangat dan tanggungjawab semakin membara dalam dirinya terutama selepas selamat dinikahkan bagi memastikan perkahwinan mereka bahagia.
Beliau tidak melihat kegagalan perkahwinan pasangan remaja yang berakhir kurang setahun, sebagai perkara yang menakutkan.

“Walaupun masih muda, saya berusaha menjadi suami terbaik dan memastikan rumah tangga didirikan kekal hingga ke akhir hayat. Memang ramai memandang sinis, tetapi kami akan berusaha membuktikan usia bukan jaminan kebahagiaan.

Keluarga beri sokongan

“Setakat ini keluarga dan adik beradik banyak memberi semangat. Usia muda bukan penghalang untuk jadi suami terbaik dan saya akan buktikan,” tegasnya ketika ditemui membawa pasangannya menziarahi rumah saudara mereka di sini, semalam.

Muhammad Haikal yang sudah tidak bersekolah sejak setahun lalu, membantu perniagaan bapanya yang juga seorang kontraktor binaan.

Mohd Shah berkata, walaupun sudah berkahwin, namun anak dan menantu akan tinggal bersama keluarganya, sementara menantunya akan terus bersekolah.

Bulan lalu, BH mendedahkan perkahwinan sepasang remaja berusia 19 dan 12 tahun, berakhir dengan perceraian seminggu sebelum ulang tahun pertama mereka.


SUMBER:
http://www.bharian.com.my/

Thursday, 5 December 2013

DALAM NEGARA: remaja perempuan mati tergantung

SEREMBAN – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam bilik air di rumahnya dekat Taman Rasah Jaya Fasa 2, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Deshalini ditemui mati dalam keadaan tergantung dengan kain sari oleh ibunya yang ketika itu baru pulang dari pasar.

Ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, dia terkejut apabila melihat anak bongsunya mati dalam keadaan tergantung.

“Saya sedih melihat anak pergi dalam keadaan sebegitu rupa. Semasa saya keluar dari rumah pagi tadi untuk ke pasar, saya tidak merasakan apa-apa sesuatu yang pelik akan berlaku.

“Bagaimanapun, apabila saya pulang sahaja ke rumah daripada pasar, saya mencari anak saya dan terkejut dia sudah tiada,” katanya.

Menurut ibu kepada tiga orang anak itu, anak bongsunya itu merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mewah dan seorang anak yang baik serta mendengar kata.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Baharudin Mustafa mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, polis masih menyiasat punca kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


“Mayat mangsa telahpun dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini untuk bedah siasat,” katanya.

SUMBER: sinar harian

Wednesday, 4 December 2013

LUAR NEGARA: Remaja 16 Tahun Di Anggap Vampire


Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mengejutkan penduduk China kerana remaja ini hanya mempunyai dua gigi taring yang menyerupai vampire!. penduduk pecaya bahawa remaja ini adalah merupakan keturunan Vampire, tidak diketahui apa penyebabnya remaja ini mempunyai kelainan seperti itu. Pada usia 16 tahun tidak tumbuh gigi lain selain dua gigi yang runcing dan tajam tersebut.



Remaja ini bernama Wang Hui, dia menjalani hidupnya selama ini dengan dua gigi yang aneh. Kerana keanehannya tersebut Wang Hui sering di cemuh oleh rakan-rakannya sebagai anak vampire sehingga menyebabkan dia merasa terpencil dan tidak punya kawan. Menurut Ibunya, kelainan yang di alami oleh Wang memang sudah kelihatan sejak kecil dimana Wang hampir tidak mempunyai rambut yang tumbuh pada kulitnya. Lebih mengejutkan lagi ketika Wang semakin besar dan menginjak remaja ternyata hanya tumbuh dua buah gigi yang menyerupai taring. Wang juga berkelakuan pelik dengan sering menyerang dan menggigit orang lain yang menghinanya.




 Akhirnya Ibu Wang Hui membawanya berjumpa doktor untuk pemeriksaan keanehan yang di alami oleh anaknya setelah dia berusia 18 tahun. Ibunya menceritakan semua yang dialami oleh anaknya, hingga akhirnya doktor memutuskan untuk melakukan operasi terhadap Wang dengan kos kira-kira 70,000 hingga 80,000 Yuan


SUMBER: http://kopilekat.com/

Wednesday, 2 October 2013

LUAR NEGARA: Remaja Thailand pendek kerana kurang minum susu


Bangkok: Golongan muda Thailand kebiasaannya pendek kerana mereka tidak minum banyak susu, kata Menteri Kesihatan Awam, Pradit Sintawanarong.

Ini berdasarkan kajian kementerian berkenaan yang mendapati purata ketinggian remaja lelaki berusia 18 dan 19 tahun ialah 167.1 sentimeter, manakala bagi perempuan, 157.4 sentimeter. 

Kurangnya amalan minum susu dipercayai punca utama mengapa ketinggian mereka begitu, kata Dr Pradit. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...