Showing posts with label kanser. Show all posts
Showing posts with label kanser. Show all posts

Saturday, 18 January 2014

ZLIN: Doktor berjaya buang ketumbuhan 108 lbs


Zlin : Seorang wanita Czech berusia 47 tahun akhirnya bebas daripada 108 Lbs tumor apabila ketumbuhan tersebut berjaya dibuang dari dalam perut seorang wanita selepas ia membesar selama beberapa tahun.

Sekumpulan pakar bedah di hospital Zlin memerlukan tujuh jam untuk membuang tumor dan terpaksa memotong lebih dari 140 paun tisu sebelum dapat mengeluarkan tumor daripada badan wanita tersebut.

Ketua jabatan obstetrik dan ginekologi di Hospital Zlin, Zdenek Adamik memberitahu Republik TV bahawa berat pesakit wanita antara 390-400 pounds sebelum pembedahan tetapi hanya 150 pound yang tinggal selepas tumor dibuang.

Ketua pakar bedah Jiri Klein berkata, pembedahan yang berisiko adalah satu-satunya pilihan yang ada untuk menyelamatkan nyawa wanita itu. Klein berkata wanita itu kehilangan banyak darah semasa pembedahan dan tidak dapat dipastikan sama ada dia akan sembuh dengan cepat selepas pembedahan.

Para doktor berkata mereka terkejut apabila diberitahu wanita itu terlalu takut untuk mendapatkan rawatan. Agak pelik apabila keluarga dan rakan wanita terbabit tidak menyedari apa yang berlaku padanya.

“Ketumbuhan itu menyebabkan dia terlantar di katil dan tidak mampu menjalani kehidupan normal,” katanya. 

Tumor itu adalah malignan dan telah tumbuh di dalam perut wanita. Ia mempunyai diameter lebih dari 3 kaki. SUMBER

Thursday, 12 December 2013

DALAM NEGARA: 'Zombie' lawan barah

Mohd Redza bersyukur hayatnya bukan 7 hari seperti dijangka, mampu bertahan hingga kini.

Mulutnya tidak pernah berhenti mengucapkan Alhamdulillah tanda bersyukur diberi peluang kedua hidup. Jika sebelum ini, pada usia 13 tahun, beliau diuji dengan barah usus dan sejak awal hujung tahun lalu pula, sekali lagi ujian sama dilalui apabila disahkan menghidap barah kelenjar darah.

Mungkin hanya segelintir insan mampu bertahan dan sentiasa positif menerima ketentuan Ilahi daripada asyik memikirkan mengenai kematian.

 Bagi Ketua Jabatan Pembangunan dan Penyelidikan Produk FELDA Wellness Corporation, Mohd Redza Abdul Rahman, 29, walaupun keluarganya tidak mempunyai sejarah penyakit barah, beliau tetap menghadapinya dengan tabah.

Berdepan penyakit digeruni ini memang amat berat, tetapi beliau mahu berkongsi dengan masyarakat mengenai ilmu dan pengalaman mengenai penyakitnya.

Katanya, jika dulu, hidupnya sentiasa cergas dan sihat, tambah pula beliau adalah jurulatih kecergasan, tetapi akibat penyakit itu, berat badannya turun mendadak daripada 80 kilogram (kg) kepada 68 kg sehingga digelar zombie.

Katanya, apabila disahkan menghidap barah tahap empat, doktor mengesahkan beliau mempunyai masa tujuh hari untuk hidup kerana organnya sudah tidak berfungsi.

Saya berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama tiga hari. Beberapa minit sebelum koma, saya berniat kepada Allah SWT untuk menukar segala kebaikan itu dengan berbakti kepada masyarakat.

Alhamdulillah, sedar daripada koma, doktor terkejut melihat keadaan saya. Sejurus bangun, saya mendapatkan tablet dan membaca mengenai barah. Tiba-tiba juga otak saya aktif dan memahami semuanya, katanya ketika ditemui pada majlis pelantikan Ikon dan Pelancaran Program Sukarelawan Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE), di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.


SUMBER: http://www.bharian.com.my/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...