Showing posts with label isu penggunaan kalimah Allah. Show all posts
Showing posts with label isu penggunaan kalimah Allah. Show all posts

Friday, 10 January 2014

INFO: Paderi Akui Kalimah Allah Alat Murtadkan Islam


Akhirnya pihak Kristian mengakui bahawa Kalimah Allah memang merupakan alat yang cukup ampuh untuk misi murtadkan umat Islam. PAS yang kononnya memperjuangkan Islam telah mengisytiharkan menyokong penggunaan Kalimah Allah yang sebenarnya bertujuan menghancurkan Islam. Oleh itu mereka yang mendabik dada angkuh menyokong PAS kononnya Islam sangat perlu muhasabah diri dan berfikir dengan mendalam samada PAS ini “relevan” dengan Islam ataupun sebaliknya.

Laporan cover story majalah Christianity Today dalam keluaran Februari 2011 yang bertajuk Muslims and the “Son of God” telah membongkar rahsia sebenar niat jahat pihak Kristian untuk “use religious vocabulary familiar to Muslims” untuk tujuan penyebaran agama Kristian. Missiologist Kristian berkata “Missionaries can live in a Muslim culture for decades, blaming Muslims for being “resistant” to the gospel, when the problem actually lies with linguistic and cultural stumbling blocks”. Oleh itu Kalimah Allah yang sinonim dengan umat Islam mahu dipergunakan untuk memudahkan misi murtadkan Islam.


Chritinaty

Mereka mahu penggunaan Kalimah Allah ini untuk membuka minda umat Islam untuk menerima dan membaca Bible. Mereka mensasarkan untuk murtadkan umat Islam terutama bagi mereka yang masih lemah akidah dan pengamalan agama. Sebuah organisasi Kristian, The People of the Book yang termuat dalam risalah strategi mereka mengakui bahawa kalimah ‘Allah’ di dalam al-Quran tidak memiliki maksud yang sama dengan ‘God’ di dalam Bible, namun organisasi ini berpendapat penggunaannya amat berkesan untuk memurtadkan umat Islam.

John Hultvall, seorang mubaligh Mission Covenant Church of Sweden  juga berpendapat bahawa walaupun penggunaan kalimah ‘Allah’ dipersoalkan dalam kalangan penganut-penganut Kristian sendiri, mubaligh-mubaligh Kristian sentiasa menggunakannya dalam usaha mereka memurtadkan umat Islam.

Kevin Greeson, yang juga seorang mubaligh Kristian juga telah menulis sebuah buku bertajuk The Camel: How Muslims Are Coming to Faith in Christ!. Kaedah ‘The Camel’ dalam penyebaran agama Kristian kepada orang Islam menggunakan  kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada Tuhan agama Kristian. Muslihat terselindung yang mampu memberi manfaat kepada Kristian dengan menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai ‘jambatan’ untuk mendekati serta memurtadkan umat Islam di seluruh dunia.

Oleh itu tindakan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang jelas tidak menghormati keputusan mahkamah terhadap penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Bible berbahasa Melayu sekaligus menderhaka terhadap titah perintah Sultan Selangor amat biadab dan tidak boleh diterima. Beliau terlalu berani kerana bertindak atas tujuan yang cukup jelas untuk memurtadkan umat Islam. Kami rakyat Malaysia yang agama rasminya Islam amat terpukul dengan keangkuhan dan kebiadaban mereka.  Kita menggesa pihak berkuasa mengenakan tindakan maksima terhadap petualang agama ini.

Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama selama ini berada dalam keadaan aman, tidak seperti negara-negara lain yang berperang dan berbunuhan. Sikap DAP yang berkeras mahu menggunakan Kalimah Allah untuk Kristian menunjukkan betapa mereka tidak peduli kepada  sensitiviti umat Islam. Jelas mereka cuba menyakiti hati rakyat. Mereka langsung tidak mempedulikan dan menghormati keputusan mahkamah.


Umat Islam dan Bangsa Melayu perlu bersatu demi menjaga kepentingan dan kesinambungan kita. Tidak mungkin kita boleh bergantung kepada pihak yang dari dulu kini dan selama-lamanya sentiasa bercita-cita menghancurkan kita dari luar dan dalam.  Ingatlah BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH. SUMBER

Tuesday, 15 October 2013

DALAM NEGARA: isu penggunaan kalimah Allah, 6 peguam sujud syukur, laung takbir

Putrajaya: Enam peguam mewakili pihak berkuasa agama negeri serta pertubuhan berkaitan Islam di negara ini, melakukan sujud syukur dan melaungkan takbir sebaik keputusan berhubung isu penggunaan kalimah Allah dibacakan Mahkamah Rayuan.

Di pekarangan Istana Kehakiman pula, gema takbir lebih 1,000 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut kedengaran sebaik keputusan itu diketahui.

Mereka turut bersyukur atas keputusan sebulat suara dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan itu.

Pemimpin dan ahli NGO berkenaan termasuk dari Yayasan Al-Quds Malaysia, PERKASA, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Persatuan Belia Insan Nasional (PEMBINA) serta Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA).

Hormat Islam

Perkembangan itu juga disambut penuh syukur dan dialu-alukan Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang berharap penganut agama lain menghormati Islam dan keputusan dibuat Mahkamah Rayuan yang sejajar dengan akidah Islam, iaitu Allah itu satu.

“Saya mewakili DMDI mengalu-alukan keputusan mahkamah menghalang penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Katolik ini,” katanya yang juga Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan bekas Ketua Menteri Melaka.

Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM), berkata keputusan itu adalah penanda aras kepada umat Islam di negara ini, manakala seorang lagi peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdullah, meminta semua pihak bersabar dan bertenang.

“Pihak gereja masih boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. Jika Herald ingin merayu, mereka perlu membuat permohonan terlebih dulu dalam tempoh 30 hari selepas ini sebelum mahkamah memutuskan sama ada membenarkan rayuan atau tidak,” kata Haniff yang mewakili Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA).

Tak perlu dipertikai

Pemegang Amanah Yayasan Al-Quds Malaysia, Nasharuddin Mat Isa, pula berkata keputusan itu sangat tepat dan berlandaskan prinsip Islam, sekali gus tidak perlu dipertikai atau diperbesarkan lagi oleh mana-mana pihak.

“Kalimah Allah bukan prinsip asas dalam agama mereka (Kristian), ia prinsip asas bagi Islam. Dalam al-Quran juga, menyebut perkara ini,” kata bekas Timbalan Presiden PAS itu.


Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, berkata selama ini umat Islam di Malaysia tidak pernah bermusuh dengan penganut agama lain, sebaliknya menghormati mereka dan agama yang mereka pilih.

“Bagaimanapun dalam isu ini (kalimah Allah), umat Islam tidak akan berdiam diri, sebaliknya akan terus berjuang. Allah itu milik Islam, malah dalam Bible pun tidak menggunakan kalimah Allah. Mengapa Bible dalam bahasa Melayu perlu guna kalimah terbabit,” katanya.




SUMBER: hmetro.com.my


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...