Tuesday 6 August 2013

LIFE: Telur Lipas Dijumpai Dalam Burger Samurai Chicken Burger McDonald’s Mont Kiara

Lepas satu, satu lagi kes pencemaran makanan yang berlaku di  Malaysia. Baru-baru ini ada pengunjung restoran makanan segera  McDonald’s telah menemui telur lipas di dalam burger Samurai Chicken Burger yang telah dibeli olehnya di McD cawangan Mont Kiara semalam dan gambar tersebut telah dihantar di Lipstiq.com

Sambil sedang menikmati hidangan burger yang baru diperkenalkan oleh restoran makanan segera tersebut,dia terlihat satu objek hitam yang lebih besar saiznya dari sebiji bijan. Apabila dia melihat betul-betul, rupa-rupanya yang berada ‘cantik’ di atas roti burgernya merupakan telur lipas. Tiada kenyataan dibuat oleh pihak McDonald’s selepas gambar-gambar itu diemelkan kepada pihak HQ McDonald’s  dan juga McDonald’s cawangan Mont Kiara.

P/S: berhati-hati ketika membeli makanan diluar dan ketika makan.. bila ianya melibatkan makanan, kebersihan hendaklah diutamakan.. :)




Sumber:

1 comment:

  1. huishhh...telur lipas tu...imagine kalau masuk tekak...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...