Port Hedland – Kalau kancil suka mencuri timun, lantas apa yang suka dicuri si babi? Bukan makanan dari kebun seperti halnya mentimun. Kali ini, si babi liar yang rupanya ingin ikut berpesta dengan mencuri bir.
Laman The Mirror, Isnin, 9 September 2013 melaporkan, seekor babi Australia meneguk 18 tin bir, mabuk dan kemudian mengamuk. Babi liar itu mencuri bir dari kawasan perkhemahan di Port Hedland, Australia Barat.
“Kejadian berlaku pada tengah malam. Orang yang berkhemah mendengar seperti suara bergaduh. Tanpa disangka, itu ternyata seekor babi yang sedang menikmati bir, “tutur seorang saksi”.
Selepas berjaya mencuri dan meneguk 18 tin bir sekaligus, si babi kemudian mabuk berat. Dalam keadaan mabuk inilah ia mengamuk dan menyerang seekor lembu. Bukan itu sahaja, akibat mabuk berat, si babi merasa begitu kelaparan. Saat itulah ia memunggah tempat sampah untuk mencari makanan.
Itulah kemunculan terakhir si babi mabuk. Setelah itu, ia langsung hilang entah ke mana. Beberapa orang mengejar, tapi tak berjaya menemuinya. Polis pun diturunkan untuk melakukan pencarian. Ini kerana, mereka bimbang si babi boleh membahayakan orang.
SUMBER: tempo.co
No comments:
Post a Comment