Tuesday, 17 September 2013

BERITA: Wanita warga emas koma selepas diragut

MELAKA 17 Sept. - Seorang wanita warga emas koma setelah terjatuh akibat diragut dua lelaki di Jalan Gajah Berang di sini, Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, mangsa berusia 70 tahun dari Taman Asean Malim kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka selepas cedera di kepala kerana terhantuk di jalan.

Pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata, ketika kejadian pada 10.20 pagi itu, mangsa sedang berjalan bersama adiknya sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal lalu bertindak meragut beg tangannya yang mengandungi wang tunai RM50 menyebabkannya terjatuh.

Katanya, kedua-dua lelaki terbabit dipercayai turut terlibat dalam cubaan ragut seorang jurujual yang sedang menunggu bas di Jalan Tengkera di sini, 20 minit sebelum kejadian ragut membabitkan warga emas tersebut.

Raja Shahrom bagaimanapun berkata, mereka gagal meragut rantai emas dipakai remaja perempuan berusia 17 tahun tersebut setelah mangsa sempat memegang rantainya.

"Berang dengan kegagalan itu, pembonceng motosikal memukul kepala wanita tersebut menggunakan topi keledar menyebabkan mangsa terjatuh namun hanya cedera ringan," katanya.





SUMBER: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...