Walaupun menyedari tindakannya pasti akan mengejutkan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, Adam tekad menyuarakan hasrat hati. Selepas bertemu kali pertama pada hari kelima Ramadan lalu, hatinya memang sudah terpaut pada Fiza. akhirnya Fiza menerima lamarannya walaupun baru sahaja berkenalan secara rapat.
“Sebelum berjumpa secara rasmi buat julung kali, kami kerap berbalas mesej. Kami juga pernah bertemu di beberapa majlis, tetapi setakat menyapa begitu saja.
“Satu hari, apabila ternampak gambar profil Fiza bertudung, saya terdetik bertanya sama ada dia berhijab kerana lakonan atau memang sudah berhijrah? Apabila mengetahui itulah imej terbarunya, saya terus mengajaknya keluar. Manalah tahu, jika kami boleh berkongsi serba sedikit pengalaman berhijrah.
“Tak sangka pula undangan saya disambut Fiza. Kami bertemu kali pertama di sebuah restoran di Kota Damansara, selepas solat Tarawih. Sejak pertemuan itu, saya terus terpaut kepadanya sehinggakan wajah Fiza sentiasa muncul dalam solat. Jadi, saya menganggap itulah petunjuk daripada Allah,” jelas Adam.
Kedua-duanya sedar, keputusan untuk berkahwin secara terburu-buru pasti akan menjadi bahan bualan orang ramai. Namun, dia dan bakal isteri tidak bimbang tohmahan masyarakat, sebaliknya lebih takutkan Allah. Malah kata Adam, keputusan itu juga dibuat bagi mengelakkan maksiat.
“Tak sedaplah asyik berjumpa, tetapi tiada sebarang ikatan sah. Daripada menjadi bahan cacian orang, lebih baik kami bernikah dan ia akan lebih memudahkan pergerakan.
“Tak sedaplah asyik berjumpa, tetapi tiada sebarang ikatan sah. Daripada menjadi bahan cacian orang, lebih baik kami bernikah dan ia akan lebih memudahkan pergerakan.
“Saya mengaku keputusan untuk berkahwin diambil terlalu cepat. Keluarga, terutama ibu, pada mulanya terkejut juga dengan keputusan yang dibuat dan agak keberatan menerimanya. Namun, selepas membawa Fiza bertemunya Syawal lalu, hati ibu berubah. Kelembutan dan sikap Fiza yang pandai mengambil hati keluarga mengubah pendiriannya.
“Malah, mereka juga tidak kisah dengan statusnya sebagai ibu tunggal. Bagi saya sendiri, yang penting ialah hati budinya,” kata Adam.
SUMBER: bharian
No comments:
Post a Comment