Sunday, 29 September 2013

DALAM NEGARA: peserta pertandingan paramotor maut apabila terhempas di Pulau Indah


Jentera dinaiki jurujual kereta hadapi masalah di udara

Pelabuhan Klang: Seorang peserta pertandingan paramotor maut apabila terhempas di Pulau Indah di sini, semalam.

Paramotor yang dinaiki Kamarul Ariffin Lo Ngoon Tin, 35, mengalami masalah sebelum terhempas di atas sebuah gudang di Pulau Indah, jam 9.30 pagi semalam.

Beliau menyertai Kejohanan Paraglider Antarabangsa sempena ulang tahun ke-103 Majlis Perbandaran Klang (MPK). Kamarul Ariffin seorang jurujual kereta yang memiliki lesen paramotor profesional berasal dari Semenyih, meninggalkan seorang balu, Siti Zaleha Sharif, 35, dan tiga anak berusia antara 10 hingga tiga tahun.





Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata pihaknya menerima laporan daripada pihak penganjur kejohanan jam 11 pagi semalam.

“Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk proses bedah siasat dan hasil bedah siasat menunjukkan mangsa patah kaki, rusuk dan leher.

Kematian mengejut

“Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi dan Pengaduan Awam MPK, Norfiza Mahfiz, berkata mangsa seorang daripada 30 peserta paramotor yang menyertai pertandingan itu mengikut kategori individu.



SUMBER: bharian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...