Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Sunday, 29 September 2013

LUAR NEGARA: Nurul Husna Zainal Abidin, Gadis Melayu di pentas Ratu Cantik Muslimah Dunia

Nurul Husna Zainal Abidin, World Muslim Woman Netizen 2013, Miss World,
Raut wajahnya menawan, senyumannya manis dan ditambah dengan gayanya persis seorang model profesional berjaya meletakkan Nurul Husna Zainal Abidin meraih gelaran "World Muslim Woman Netizen 2013" dalam pertandingan Ratu Cantik Muslimah Dunia baru-baru ini.

Ini adalah penyertaan pertama peserta Malaysia dalam pertandingan anjuran bekas hos utama stesen televisyen Indonesia, Eka Shanti yang dipecat kerana keengganannya menanggalkan tudung apabila diarah berbuat demikian ketika bertugas.

Pertandingan tahun ini disifatkan sebagai sebahagian daripada protes terhadap acara Ratu Cantik Dunia yang sepatutnya diadakan di Jakarta namun terpaksa ditukar lokasinya di Bali akibat ditentang keras oleh puak konservatif Islam.

Jadi bagaimana acara tersebut berbeza dengan pertandingan ratu cantik yang lain?
Pada malam peringkat akhir, pembukaan acara itu dimulakan dengan bacaan al-Quran sebelum peserta mula berjalan ke atas pentas dengan memakai gaun malam yang mencerminkan imej muslimah dengan pelbagai gaya hijab.

“Sesetengah peserta berjalan dengan keyakinan tinggi namun ada juga peserta yang dilihat kekok berjalan memakai kasut tinggi dan mengenakan gaun labuh,” lapor Jakarta Post.

Uniknya juara bagi pertandingan tersebut dipilih oleh tetamu kehormat iaitu juri terdiri daripada 100 kanak-kanak anak yatim.





Menceritakan pengalamannya, Nurul berkata, pertandingan itu menekankan betapa Islam itu indah dan semua aktiviti seperti bacaan al-Quran dijalankan berlandaskan syariat Islam.

Selain itu, gadis berusia 21 tahun ini turut berpandangan acara yang baik sebegini boleh diadakan di negara ini.

"Saya rasa sekiranya kerajaan mengadakan acara demikian pasti menerima sambutan mengalakkan kerana ia banyak mengajar mengenai ilmu Islam tanpa meminggirkan gaya fesyen berhijab.

"Ia tidak salah kerana boleh memberi peluang kepada muslimah di luar sana menimba pengalaman baru tambahan pula kerajaan boleh mengambil kesempatan untuk mempromosikan pelancongan negara," kata gadis yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu.

Nurul yang berjaya melayakkan diri sebagai 10 finalis berkata, dia mengetahui mengenai penganjuran acara itu melalui rakannnya.

"Menyertai pertandingan ini benar-benar membantu saya mendalami agama kerana semua aktiviti mengajar saya bagaimana untuk menjadi seorang muslimah dalam mendepani cabaran zaman serba moden," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kira-kira 20 wanita dari enam negara termasuk Indonesia, Brunei dan Iran menyertai perandingan itu bagi merebut gelaran juara dengan pengetahuan dan kemahiran mereka tentang Islam diuji.

Ia diadakan pada 18 September lalu di Jakarta dengan peserta Nigeria Obabiyi Aishah Ajibola, 21, dinobatkan sebagai juara.

Nurul berkata, kemenangan meraih gelaran World Muslim Woman Netizen 2013 adalah pengalaman berharga buat dirinya.

“Terkejut dan bersyukur, ini rezeki dari Allah sebagai wakil negara saya berjaya mengharumkan negara Malaysia ,ia pengalaman paling berharga buat saya," kata pelajar Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM ), Negeri Sembilan itu. – 26 September, 2013.


SUMBER: The Malaysian Insider
 

Saturday, 28 September 2013

SERAM/GANAS: Tukang Gunting "KEPALA" Yang Menyeramkan

Ada sebuah kisah di mana terdapat sebuah kedai gunting rambut yang mana pemiliknya melakukan perbuatan cubaan mencederakan pelanggannya sehingga mati.

Cerita ini mengisahkan seorang tukang gunting rambut yang rupanya dianggap misteri oleh sesetengah pihak. Cerita ini bermula pada awal kurun ke19, iaitu ada sebuah kedai gunting rambut. Kedai ini dimiliki oleh seorang lelaki.

Setiap hari tokey kedai ini akan duduk di hadapan kedainya dan bertanya kepada orang yang lalu lalang, “Mahu potong kepala?”. Kebanyakkan yang terdengar hanya akan tersenyum. Sesiapa yang menjawap, “Tak lah, saya nak potong rambut” akan terselamat. Tetapi bagi mereka yang menjawap “Ya” dan menganggap si tukang gunting rambut bergurau akan menerima nasib malang.




Sesudah disiapkan di atas kerusi gunting rambut, dipakaikan kain alas untuk mengelakkan rambut jatuh di atas baju, si tukang gunting akan menyuntikkan ubat Anesthesia secara rahsia kepada mangsa. Ubat ini akan menyebabkan mangsa menjadi kebas/lumpuh dan tidak merasa sebarang kesakitan. Tukang gunting akan perlahan-lahan menghiris bahagian atas kepala mangsa hingga menampakkan otak.

Mangsa yang tidak boleh bergerak tidak akan merasa apa-apa. Tidak boleh menjerit dan hanya mampu melihat di cermin dirinya diseksa oleh tukang gunting yang kejam itu. Mangsa juga boleh mendengar dengan jelas bunyi hirisan pisau di kepalanya dan bunyi tukang gunting rambut mengoyakkan lapisan kulit kepalanya dengan perlahan-lahan dan ia kedengaran seperti mengoyak kain.

Sehinggalah sebahagian daripada tengkorak sudah dipotong dan menampakkan otak, barulah kesan Anesthesia tadi beransur-ansur hilang. Dan kesakitan akan mula terasa. Pada saat itu tukang gunting akan merentap otak mangsa dengan kuat dan mangsa akan mati dalam kesakitan yang amat sangat.

Tukang gunting rambut biasanya akan mengambil gambar mangsa sebagai kenang-kenangan.




SUMBER: lamankongsi

Thursday, 26 September 2013

BEIJING - Hidung Baru Tumbuh Atas Dahi


BEIJING - Hidung Baru Tumbuh Atas Dahi 

Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xiaolian mempunyai hidung baru yang tumbuh di dahinya.

Xiaolian, 22, menjalani rawatan bagi menggantikan hidung asalnya yang cacat selepas dijangkiti virus di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian.

Xiaolian, mengalami kecacatan di bahagian hidungnya akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu dan doktor yang merawatnya gagal memulihkan hidungnya.

Ekoran nahas yang dialaminya, hidung Xiaolian mengalami jangkitan dan tulang hidungnya terjejas.



Doktor tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa menjalankan prosedur yang membolehkan hidung barunya tumbuh di dahi bagi menggantikan hidung asalnya.

Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian. Ia dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian.

Pakar bedah berkata, hidung baru itu tumbuh dengan baik dan pembedahan transplan akan dijalankan dengan secepat mungkin.

BERITA: remaja lari dari rumah bersama kenalan facebook

 
Johor Bahru: Sepasang suami isteri buntu apabila anak mereka yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) minggu depan, menghilangkan diri sejak Isnin lalu, dipercayai mengikut teman lelaki yang dikenali menerusi laman sosial, Facebook. 

Anak sulung kepada dua beradik itu, Salsabilah Edora Md Rosle, 15, dikatakan berkenalan dengan remaja lelaki sebayanya sejak sebulan lalu sebelum bertindak melarikan diri dari rumah keluarganya di Taman Skudai Baru, dekat sini. 

Bapanya, Mohd Rosle Sarban, 41, berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pengurusan taman perumahan itu menunjukkan pada tengah malam hari kejadian, anaknya membonceng motosikal remaja lelaki itu selepas memanjat tembok rumah.





Bawa pasport
Katanya, anaknya yang lebih dikenali sebagai Sabil itu, turut membawa bersama beg pakaian dan pasport antarabangsa, manakala MyKad masih dalam simpanan isterinya, Ridayu Husin, 35. 

“Sejak mengenali remaja lelaki itu, rekod kedatangan sekolah Sabil juga merosot apabila dia gagal hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Selesa Jaya 2, lebih seminggu. 

“Setiap pagi, Sabil keluar ke sekolah seperti biasa membuatkan kami tidak menyangka dia ponteng sekolah sedangkan pencapaiannya dalam percubaan PMR sebelum ini memuaskan,” katanya ketika datang mengadu di pejabat The New Straits Times Press (NSTP), di sini semalam. 

Md Rosle berkata, beliau membuat laporan kehilangan anaknya di Balai Polis Tampoi sebelum berusaha mengesan rumah remaja lelaki yang dikenali sebagai Isma yang tinggal bersama keluarga di Kempas, menerusi akaun Facebook anaknya.

Gagal kesan
“Keluarga remaja itu mengaku Sabil pernah ke rumah mereka untuk mengulang kaji pelajaran dan kini mereka turut gagal mengesan Isma yang belajar di sekolah lain, kerana dipercayai turut sama menghilangkan diri,” katanya. 

Md Rosle mendakwa, beliau dan isteri tidak pernah berselisih faham dengan Sabil, tetapi mengakui pernah menegur gadis itu kerana asyik melayari internet dan bermain dengan kucing sehingga mengabaikan pelajaran. 

“Sehingga kini talian bimbit Sabil tidak dapat dihubungi dan saya bimbang kejadian buruk berlaku kerana Sabil masih muda dan hanya pernah ke luar negara bersama keluarga,” katanya


Sunday, 22 September 2013

ARTIS: Scha Al-Yahya disahkan menghidap kanser pangkal rahim

kanser pangkal rahim
Scha Al-Yahya disahkan hidap kanser rahim - Pelakon, pengacara dan model seksi, Scha Al-Yahya disahkan menghidap kanser rahim atau nama saintifiknya Endometriosis selepas melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar pada 4 September lalu.

Mengulas berkenaan reaksinya selepas mendapat tahu terdapat ketumbuhan pada pangkal rahim, Scha Al-Yahya melahirkan rasa terkejutnya dan tidak menyangka sakit perut melampau yang dialami setiap kali datang bulan berpunca daripada masalah tersebut, dipetik dari Harian Metro.

“Mulanya saya hanya melakukan pemeriksaan pada 4 September lalu kerana sakit perut kronik apabila datang haid. Keadaan itu bertambah teruk selepas berkahwin hingga terpaksa bergantung dengan ubat tahan sakit."

“Selepas buat endoskopik, saya disahkan mengidap endometriosis, sejenis ketumbuhan dalam rahim. Biarpun saiznya kecil, ia ada di beberapa tempat seperti jerawat. Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa."

“Walaupun terkejut, saya bersyukur sebab tahu awal. Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi. Awal pun tidak sampai hati lihat saya selalu sakit perut yang kronik setiap kali datang bulan."

“Doktor tebuk satu lubang di pusat dan dua lagi di tepi perut untuk bersihkan ketumbuhan itu. Syukur pembedahan ini berjaya dan saya dibenarkan keluar hospital pada 7 September lalu.”


Saturday, 21 September 2013

LIFE: iPad boleh buat macam macam. Fake or true?



Fake or true??




LIFE: ayam, sapi, ambuk dan baie

AYAM : banci banar ku kan manusia ani.

SAPI : kenapa kan ayam marah2 ani?

AYAM : adakah patut baru pun ku makan sedikit baras yg bisdia jamur..tarus ku kana umban sama batu sama selipar jipun ..Padahal kan tiap-tiap ari bisdia makan talur sama dagingku..Nda jua ku riuh!!!!Banci banar ku kan specis manusia ani...

SAPI : ko pikir ko ganya yg banci...Ni nah kediaku ah.. Barangkali aku tah kali yang paling banci bangsa manusia ani!!!!..

AYAM : adiihh?..Kenapa plang?.. Sapi : bah..Cuatah ko bayangkan,kan hari2 bisdia pulas2,ramas2,pirik2 nenenku.. Tapi nada bisdia tepikir kan betangungjawab kn meminang apatah lagi menikahi kediaku.. Seksa jua batinku tu...apa bisdia pikir kediaku ani GRO pakah!!!!...

AMBUK: baik sudah ayam sama sapi kamu kana buat camatu. Macam aku lagi taruk. Asal manusia marah anak nya aku jua jadi contoh....ulah macam ambuk lah...bida macam ambuk lah... upset jua ku tu...

BAIE: aku lagi tah.. kmu nda tau..........

RAMAI2: ew ew ew baie. Lari. 

BAIE: tu kan. Kajam wah. Alum lagi start bcrita...

Friday, 20 September 2013

INFO: Kekejaman komunis: Tok Imam dan bilal dipaksa makan daging babi sebelum ditembak mati.


Tok Imam dan bilal surau dipaksa makan daging babi panggang sebelum mereka ditembak... Warga emas dan kanak-kanak dicampak ke dalam api yang sedang marak....

Ia antara enam karikatur kontroversi oleh pelukis Hamzah Mohd Amin yang memaparkan kekejaman komunis ke atas orang ramai.

Karikatur itu pernah disiarkan di akhbar milik Utusan Malaysia.

Menurut edisi cetak dan juga online - akhbar itu melaporkan Hamzah, 71, datang ke pejabat Utusan bagi menyerahkan sendiri karikatur yang dilukisnya itu.

"Generasi hari ini tidak mengetahui penderitaan hidup pada zaman komunis, jadi saya berusaha menghasilkan lukisan ini beberapa minggu lalu supaya mereka mendapat gambaran tentang kekejaman komunis dan mengapa kami sangat bencikan mereka.

"Generasi muda hanya mendengar cerita daripada datuk dan nenek mereka tetapi tidak pernah terbayang bagaimana komunis menyeksa tahanan. Menerusi lukisan ini, saya harap mereka akan sedar tentang kekejaman komunis dan menjadikannya pengajaran," katanya kepada akhbar itu.

Antara lukisan yang dianggap paling kontroversial ialah paparan beberapa lelaki yang bermata sepet dan memakai uniform keperangan mengacukan pistol serta memaksa tok imam dan bilal surau memakan babi panggang.

Hamzah turut memberi gambaran tindakan komunis mengurung ahli keluarga tahanan di sebuah rumah dan kemudiannya membakar rumah berkenaan.

Dia juga menggambarkan mayat-mayat tahanan itu dijadikan baja di kebun sayuran dan hasilnya pula dijadikan bekalan makanan kumpulan pengganas tersebut.

Utusan juga memetik Hamzah berkata lukisan tersebut dihasilkan bertujuan memberi gambaran keadaan sebenar kekejaman komunis terhadap rakyat negara ini.

Katanya, walaupun telah menjangkau usia 71 tahun, dia masih tidak dapat melupakan keganasan yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap rakyat dan mahu generasi pada hari ini juga mengetahui perkara itu.

Menurut Hamzah yang berasal dari Batu Pahat, Johor, dia terpanggil untuk menghasilkan karikatur berkenaan kerana geram serta kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengangkat kumpulan pengganas tersebut sebagai hero.

"Saya sangat geram dan marah apabila komunis diberikan pengiktirafan. Mereka telah melakukan pelbagai kekejaman termasuk mengoyak, memijak, melumur kitab suci al-Quran dengan najis sebelum membakarnya. Para imam serta bilal di masjid dan surau pula dipaksa memakan daging babi sebelum dibunuh.

"Bagaimana kumpulan pengganas tersebut boleh kita iktiraf?" katanya dipetik akhbar itu lagi.

Hamzah pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai pelukis dan beliau pernah mencipta logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang digunakan pada 1963 sehingga 1997.


SUMBER: http://www.utusanmalaysia.com.my/

Thursday, 19 September 2013

NGERI : Pelajar bunuh guru besar kerana handphone

life, ngeri, luar negara,guru besar, handphone, Pelajar bunuh guru besar

Kejadian berlaku di China, apabila seorang pelajar bernama Lei X bertindak membunuh guru besar sekolahnya kerana merampas telefon bimbitnya.
life, ngeri, luar negara,guru besar, handphone, Pelajar bunuh guru besar

Dua hari sebelum kejadian itu, guru besar telah merampas telefon bimbit Lei X ketika pelajar itu sedang bermain dengan telefon bimbitnya ketika waktu rehat. Guru besar tersebut ingin memaklumkan kepada keluarga pelajar tersebut sehinggalah pada hari kejadian dia dibunuh menggunakan pisau pemotong buah.



life, ngeri, luar negara,guru besar, handphone, Pelajar bunuh guru besar



SUMBER: mediamalaya / weibo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...