Showing posts with label tandas. Show all posts
Showing posts with label tandas. Show all posts

Thursday, 23 January 2014

KANGAR: Mayat bayi di tandas masjid


KANGAR : Jemaah di Masjid Alwi di sini gempar selepas salah seorang daripada mereka menjumpai mayat bayi perempuan cukup sifat dibuang di tepi lubang tandas lelaki di masjid berkenaan kira-kira jam 7 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Harian Metro difahamkan jemaah lelaki berkenaan baru selesai mengerjakan solat subuh berjemaah di situ dan pergi ke tandas berkenaan sebelum ternampak mayat bayi tersebut diletakkan bersebelahan lubang tandas di situ.

Dia kemudian memaklumkannya kepada pihak pengurusan masjid yang selepas itu memeriksa keadaan bayi yang sudah tidak bernyawa ketika ditemui.

Mereka kemudian memaklumkannya kepada pihak polis sebelum polis daripada bahagian forensik memeriksa lokasi kejadian termasuk bayi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, bayi masih basah bertali pusat dipercayai baru sahaja diletakkan di situ dan dilahirkan beberapa jam sebelum itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit. hmetro

Friday, 13 December 2013

DALAM NEGARA: Kena cabul dalam tandas awam

IPOH – Seorang gadis trauma selepas dia dicabul ketika menggunakan tandas di sebuah kompleks beli belah di sini Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang itu, mangsa yang berusia 19 tahun memasuki tandas terbabit sendirian selepas membeli-belah bersama tiga rakannya.

Mangsa berkata, dia menyedari dirinya diperhatikan seorang lelaki lengkap beruniform yang tercegat di hadapan tandas berkenaan.

Katanya, pada mulanya dia tidak menghiraukan lelaki yang dipercayai warga Bangladesh itu dan terus memasuki tandas wanita di situ tanpa mengesyaki apa-apa.

“Saya terkejut apabila selepas masuk dalam tandas, lelaki itu terus menutup lampu dan menerpa ke arah saya. Dia peluk dan cium mulut saya. Keadaan itu berlaku dalam sekelip mata.

“Saya terus tendang dan menolak lelaki itu ke pintu utama tandas dan menjerit sekuat hati meminta pertolongan,” katanya ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, semalam dengan ditemani Adun Bercham, Cheong Chee Khing.

Remaja itu berkata, seorang lelaki mendengar jeritannya dan cuba mengejar suspek namun dia berjaya melarikan diri.

“Saya telah membuat laporan kepada pihak pengurusan kompleks beli belah dan dapat mengecam lelaki itu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kerana dia tidak memakai topeng," katanya yang membuat laporan mengenai kejadian menimpanya itu di Balai Polis Sungai Senam.

Menurutnya, pihak pengurusan kompleks beli-belah turut memberitahu bahawa lelaki terbabit merupakan bekas pekerja penjaga tandas di situ yang diberhentikan kerja sejak dua minggu lalu.

Sementara itu, Chee Khing berkata, orang ramai diminta lebih berwaspada ketika menggunakan tandas awam walaupun di kawasan yang sering menjadi tumpuan.

“Kejadian tidak diingini sering berlaku di lokasi yang kita tak sangka. Ia memberi pengajaran terutama kepada remaja dan wanita untuk lebih berhati-hati kerana mereka mudah dijadikan sasaran penjenayah,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan menerima laporan remaja terbabit dan memaklumkan pihaknya masih menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

“Kita juga akan menyiasat aduan mangsa terhadap pegawai penyiasat dan Bahagian Siasatan Jenayah diarahkan memberi keutamaan kepada kes sebegini.

“Kita juga akan mengesan lelaki terbabit dan cuba menyelesaikan kes ini secepat mungkin,” katanya.


SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/

DALAM NEGARA: KEMANA HILANGNYA TANDAS AUTOMATIK RM3.2 JUTA?


Masih ingatkah anda dengan tandas automatik (Automated Street Toilet – AST) yang dibina oleh kerajaan di Jalan Telawi, Jalan Ara Kiri, Bukit Bintang, dan Jalan Tun Razak? Tandas automatik yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 ini boleh digunakan selama 15 minit dengan membuat bayaran sebanyak RM1. Keluasan tandas ini ialah 2.25m x 6.2m, setinggi 2.6m, seberat 3.5 tan, berhawa dingin sepenuhnya dan setiap satunya bernilai lebih kurang RM400 ribu.



Untuk pengetahuan anda, salah satu tandas automatik ini yang terletak di Jalan Telawi, berhadapan dengan masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq telahpun dimusnahkan pada bulan lepas. Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, tandas ini dimusnahkan kerana tiada sambutan dalam penggunaannya, selain dari ia mengambil kos yang agak mahal untuk diselenggara.


Beberapa penduduk sekitar Bangsar menyatakan rasa terkejut mereka akan kemusnahan tandas itu. Menurut ketua imam masjid Jalan Telawi Ahmad Sirajuddin Abdul Satar, tandas automatik ini sering digunakan oleh pengunjung masjid yang datang untuk sembahyang Jumaat, memandangkan ia ditempatkan di tempat yang strategik iaitu berhadapan dengan masjid. Jadi beliau agak terkejut apabila tandas automatik itu dimusnahkan.


Namun begitu, beberapa tandas automatik yang lain masih dikekalkan kewujudannya, seperti tandas automatik di Jalan Ara Kiri, Bangsar.

Adakah ini termasuk dalam salah satu projek mahal yang terbengkalai, selain dari projek ini dan mungkin juga projek ini? Hanya masa yang dapat tentukan.


SUMBER: http://www.wanista.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...